Friday, 13 March 2009

Tisu

*Klik gmbr utk besarkn.

Tisu dan wanita ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan. Dengan lelaki pula camne ye?

Berjalan di Jepun dan menerima tisu percuma dijalanan adalah perkara biasa. Pemberi tisu ni akn berdiri di tempat lalu lalang yg sibuk sambil memegang beg kertas dan menghulurkan tisu pd mereka yg lalu.
Nak tahu kenapa ia diberi percuma?

Tisu yg diberi akan disertakan iklan sebagai satu promosi utk memperkenalkan perniagaan, syarikat atau produk baru kepada masyarakat. Cuba perhatikan gambar tisu yg saya letak di ats.

Seronok dapat tisu free ni, jimat duit. Selama 5 tahun di sini terlalu banyak yg diterima sehinggakan dibuat sebagai cenderahati. Beza sekali dengan suasana di Msia. Kalau memerlukan tisu, beli sahaja di kaunter tandas. Mesti pernah belikan....hehe...

Iklan yg dipaparkan pada tisu tu ada yg baik dan ada juga sebaliknya .Sebagai contoh lihat di bawah.

Tisu yg mengiklankan kerja sebagai pelayan bar dikaunter.
Petugas khas utk iklan sebegini adalah lelaki. Mereka cuma akan hulurkan pada perempuan bergaya dan comel sahaja dan selalunya perempuan Jepun akan mengelak utk menerima tisu yg ada iklan begini.

Ada juga syarikat yg bermurah hati memberi tisu jenis kotak. Cuba perhatikan iklan dikotak tersebut. Cth dibawah adalah iklan apartment.



Seronok dapat tisu free ni. Kadangkala sanggup lalu 2 @ 3 kali utk dapatkannya bila lihat tisu yg diberikan menarik. Lebih2 lagi kalau tisu tu kertasnya berwarna hitam.
Dah diberi percuma sape taknakkan...

5 comments:

mohd nor a.k.a saintis said...

perempuan dpt tisu kesat airmata, lelaki dpt tisu buat kesat hingus...hahaah..

.: mama cute :. said...

ait.. sapa polak yang kena delete komennye.. kuikuikui..

aku nak dok sana la.. dapat tisu.. leh kesat hingus kekanak riang.. kuikuikui

Kokoro said...

kakaka. mat no salah letak komen pasal sek ko kat sini...ada ka..

Kokoro said...

aku na jual sume tisu2 tu..lg2 kat mamacute, mesti lakunye sbb na kesat hingus kekanak riangkan...kekeke

wh0se said...

skang banyak dah medium utk pengiklanan...kalau kat blog cthnyer nuffnang la...hehe

Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker