Friday 27 February 2009

Salji





Tengah hari ke Shibuya.
Hari ni yuki(salji) turun, w/pun tak lebat tapi cukup buat saya gembira.
Ingatkan dah tak dapat tgk salji turun di Tokyo pd tahun terakhir ni.
Alhamdulillah ada juga rezeki.

Sementara menunggu Naim dan Uzair sampai ke Shibuya, saya sempat mengambil gambar lintasan zebra yg sibuk dr Starbucks.

Mungkin disebabkan salji + hujan + waktu pejabat,

org tak berapa ramai melintas. Nampak cantik pula bila masing2 memegang payung..


Akhirnya, yg ditunggu pun tiba, disbbkan cuaca sejuk sgt, kami ambil keputusan utk berjalan2 di Tokyu Foodshow. Sambil mencuci mata dan mencari omiyage yg boleh dibw pulang ke Msia.

Berpinar mata melihat makanan yg pelbagai dan dihias cantik.
Ikut hati semua nak beli...semua nak makan..tulah dia kalau ikutkan nafsukan..Ish2..
Antara kedai yg kami masuk adalah kedai ocha(teh).
Memandangkan sakura hampir tiba, ocha perasa sakura telah pun berada dipasaran.
Harga ocha termasuk bekas lebih kurang RM66.
Kami diberi ocha percuma utk rasa..strategi pemasaran yg cukup baik.
(muka gembira slps membeli ocha)

(ocha & bekasnya yg comel membuatkan naim & uzair jatuh cinta)

Sempat membeli okashi(kuih) sakuranbo(ceri).
Umpama jeli yg diletak buah ceri di dlmnya.
Oishikatta....

Terdapat okashi(kuih) strawberi juga. Memandangkan di Jepun skrg adalah musim strawberi.


Selepas tu, kami ke Tokyo Station dan seterusnya ke Akihabara sebelum pulang ke tempat masing2.
Sayonara..
Mata aimasyou...

Thursday 26 February 2009

Asakusa Trip Part 3

Klik pd gmbr utk lihat dgn lebih jelas.


(Keychains)


(Tanglung)


(Koleksi pin)


(Magnet)






(Patung Samurai)





( Patung cute)


(Cenderahati)


(Kasut Ninja)


(T-shirts)


(Yukata )



Asakusa Trip Part 2

Antara gerai yg terdapat di Asakusa

Klik pd gmbr utk lihat dgn lebih jelas.


(Ningyo yaki) Berinti kacang hitam


(Aiskrim berharga RM12 satu)


(Kuih tradisional yg pelbagai bentuk)


(Biskut beras)


(Agemanjyu..)


(Rupa agemanjyu dari dekat)
Rasanya nyum..nyummm..


(Sembei)


(Payung Tradisional)


(Pedang Samurai)






(Keychains)


Asakusa Trip Part 1

Hari ni saya menemankan seorang adik yg datang dari Yamagata berjalan2 ke Asakusa.
Malas nak tulis banyak.
Cukup sekadar gambar menceritakan segalanya.

Cara- cara utk ke Asakusa

Dr Tokyo Station :
Ambil JR Yamanote ke Kanda Station(130 yen)
Tukar ke Ginza Subway Line ke Asakusa(160 yen)
Perjalanan 12minit

Dr Shinjuku Station :
Ambil JR Chuo Line ke Kanda Station(160 yen)
Tukar ke Ginza Subway Line ke Asakusa(160 yen)
Perjalanan 20minit

Oh ya..sebelum terlupa, pada mereka yg berminat utk melancong ke Jepun, eloklah meletakkan Asakusa sebagai salah satu destinasi yg patut dilawati.
Pasti teruja dengan pelbagai cenderahati yg memikat sukma.
Jika bernasib baik dapat melihat perayaan(matsuri) terbesar di sini.

Di sini juga terdapat masjid. Untuk pergi klik di sini

Bagi mereka yang ingin mencari hotel murah bolehlah lihat di sini



(Kaminarimon Gate)



(Nakamise Shopping Street)


(7 kamisama(tuhan) kepercayaan Jepun)


(Kuil Sensoji)


(pagoda)

Wednesday 25 February 2009

Anjing


Pagi ni ke U, terpandang papan tanda ni.
Tertera tulisan 犬のフンは持ち帰ろう!(inu no fun wa mochi kaerou)= sila bw balik tahi anjing.

Menjadi kebiasaan org Jepun akan membawa anjing berjalan2 di tmn atau berjoging. Sambil berjalan mereka akan membawa penyodok dan plastik utk mengaut tahi anjing mereka andainya anjing tersebut terberak di tengah jalan.
Sama ada yg tua mahupun yg muda akn buat benda yg sama.

Ada juga makcik2 berumur yg akan bawa naik troli.
Ada pula yg akan bawa naik basikal dan diletakkan dlm raga.
Kadang2 bila naik train pun kita akn terserempak dgn anjing mahupun kucing dalamnya.


Anjing di sini kiut miut. Siap ada baju dan pin rambut. Itu yg jenis kecil dan comel le. Yg besar hanya dipakaikan baju shj.
Bulu bahagian kepala di warnakan ikut rambut tuannya pun ada. Pendek kata, mcm2 gayalah. Saya yg tak suka dgn anjing pun jadi leka melihatnya.
Setakat melihat saja, sentuh tak pernahla.

Kadangkala bila sedang berjalan, tak sedar ada anjing sdg berjln sambil menghidu2 di sebelah. Terlompat saya sekejap. Anjing dan tuannya pun sama terperanjat.
Mestilah tuannya pelik dgn cara saya, org lain bila tgk anjing jinak akan sibuk nak belai2 sambil sebut kawaiiii..kawaiii(comel).
Saya pula sebaliknya. Bukannya apa, dah kita diajar utk tidak menyentuhnya.

Anjing di sini jg baik2 belaka. Tak mcm anjing di Msia yg garang dan menakutkan.
Di sini susah nak cari anjing yg tak bertuan. Kebanyakannya sume ada tuan.
Tak akan jumpa anjing kurus kering merayau2 cari makan di lorong, di taman2, dicelah2sampah. Tak tahula kalau di tempat lain bahagian Jepun ni.

Bertuah hidup anjing di Jepun ni. Hidup gembira dan ditatang bagai minyak yg penuh.
Mendapat kasih sayang tak berbelah bagi. Sbb tu anjing di sini baik je kut..


Gembira


yey..hari ni Masako bermalam di rumah saya. Taklah rasa sunyi sangat.
Sekurangnya adalah teman utk berbual2 dan hilangkan rasa bosan dihati.

Dia minta saya buatkan yakisoba sbb katanya teringin nak makan.
Maklumlah yakisoba jepun rasa shoyu kikomannye kuat sangat.
Masakan saya taklah sedap mana pun. Bolehlah sekadar utk alas perut.
Siaplah sudah yakisoba(mee goreng) dan pencuci mulutnya, pisang yg diletak sirap coklat + kacang almond.
Saya rasa gembira dapat menjamunya.
Bertambah gembira melihat dia mkn dgn berselera + tambah mkanan lagi.
Sememangnya kawan saya ini tidak tergolong dlm jenis Jepun yg berpura2 utk menjaga hati.
Saya suka dengan caranya.

Kenapa saya cakap begini, sbbnya saya pernah jumpa jenis yg kata oishi..oishi..(sedap) tapi mkn tak habis..hehe..
Sbb tu kwn2 saya di sini suka kata jgn jadi plastik cam jepun.
Walaupun kadang saya pikir plastik dia org tu utk menjaga hati.
Kadangkala kalau kena caranya, tak salah.
Adakalanya tak kena cara buat kita plak naik menyampah.

Berbalik pd gembira td. Saya menerima kad My wish 4 u di fb.
Bila membacanya saya tersenyum sendiri.
Saya titipkan kata2 tersebut
when u are lonely
i wish u love
when u are down
i wish u joy
when u are troubled

i wish u peace

Ye..tuhan bg saya joy disaat saya bosan + gundah.
Dan kegembiraan itu adalah dgn kedatangan Masako dan kad yg saya terima.
Syukur Alhamdulillah, krn kegembiraan ni adalah pemberianNYa.


Monday 23 February 2009

Spacial, Spesial & Special Price

Khamis lepas saya berjalan2 ke Koshigaya Lake Town bersama Masako, Maiko & Towachan.
Mencari hadiah utk sensei terchenta..huhu..
Sambil tu menjamu mata melihat barangan yg dijual saya sempat mengambil gmbr.
2 gmbr dgn ejaan yg berbeza.





Jepun menjepunkan sebutan BI.
Maka jadilah spacial & spesial.. \(⌒∀⌒)/

*klik pd gmbr utk lihat dgn jelas.

Sunday 22 February 2009

AGM KUJ


Akhirnya berlalu jua AGM KUJ kali ke 23.
Yg penuh cerita ceriti yg tersendiri.
Lega rasa dihati w/pun x sepenuhnya.
Masih ada sesal & ralat dihati.
Masih ada yg terbuku dihati.
Saya memohon maaf krn x mampu menggalasnya dgn baik.

Terima kasih pd pegawai2 & rkn.
Yang x jemu membantu dan menjayakan.
Amanat dari Ambassador sama2 kita jadikan panduan.
Mencari, meneroka & memajukan.
Doa saya agar barisan kepimpinan yg br terlantik.
Akan lebih bersinar dan gemilang.



Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker