Thursday 30 July 2009

隅田川花火大会 Fireworks on Sumidagawa ,Tokyo


Salam ceria dan bertemu kembali.
Kali ni nak bercerita tentang Hanabi @ fireworks di Jepun.

Jepun skrg telah pun memasuki musim panas. Musim yang paling ditunggu- tunggu oleh setiap orang. Bahang panasnya mengalahkan panas di Msia. Di musim ni juga kita dapat melihat fesyen yg berwarna warni dan ranggi.

Selain itu, aktiviti yang paling ditunggu2 adalah menyaksikan pertunjukan bunga api @ hanabi taikai. Ia merupakan aktiviti turun menurun masyarakat Jepun. Acara hanabi ini tidak terhad pada satu tempat sahaja. Boleh dikatakan di setiap daerah ada sambutannya tersendiri dan harinya pun berbeza.

HANA bermaksud bunga manakala BI pula datang dr sukukata BI yg bermaksud api. Digabungkan menjadi HANABI.

Kebanyakan anak muda yang datang akan memakai pakaian tradisional musim panas seperti yukata bg perempuan dan jinbei bg lelaki. Ribuan pengunjung yang datang menyaksikannya.
Masing2 akan datang lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk yg selesa.
Pertunjukan ini akan memakan masa selama 1 jam 1/2 tanpa henti. Bunga api yang dilepaskan di udara dapat dilihat dari jauh serta mempunyai corak yang berbeza.

Nak lihat dengan lebih jelas suasana hanabi di Jepun...apa kata jom tgk video di bawah ni..


Sebelum dah sesudah suasana hanabi di Tokyo



Tuesday 28 July 2009

Tanabata Festival, Kanagawa 平塚七夕まつり


Suasana Tanabata Matsuri

Tanabata Matsuri @ Star Festival disambut pada 7 Julai (hari ke 7 & bln ke 7) atau pun sebulan lewat dalam bulan 8 pada setiap tahun.
Asal perayaan ini adalah dari negara China. Diperkenalkan di Jepun pada zaman Nara. Kota Sendai sangat terkenal dgn dekorosi unik tanabata.

Ada banyak versi tentang sejarah asal Tanabata. Secara ringkasnya ia mengisahkan lagenda cinta pengembala lembu bernama Hikoboshi dan penenun mahir bernama Orihime. Orihime merupakan ank kpd raja langit. Disbbkan kerajinan keduanya, raja langit bercadang utk menjodohkan mereka.

Suami isteri ini hidup aman bahagia sehingga melupakan tugas masing2. Raja langit sangat murka & keduanya dipaksa berpisah. Mereka dipisahkan oleh sebatang sungai (Milky Way) & hanya diizinkan bertemu setahun sekali pada mlm hari ke 7 bulan ke 7.

Jika hujan turun pd mlm tersebut, Orihime tidak dapat menyeberangi sungai berjumpa suami. Sekawan burung terbang menghampiri pasangan yg bersedih itu lalu berbaris membentuk jambatan supaya pasangan tersebut dapat bertemu.
Peristiwa inilah yg disebut sebagai Tanabata.

Festival Tanabata dimeriahkan dgn tradisi menulis permohonan di atas tanzaku @ kertas carik berwarna-warni. Permohonan yg dibuat adalah berdasarkan keinginan penulis. Kertas-kertas tanzaku yg berisi pelbagai permohonan diikatkan pada daun buluh dengan harapan supaya permohonan itu dikabulkan.

Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker