Showing posts with label Budaya. Show all posts
Showing posts with label Budaya. Show all posts

Thursday, 30 September 2010

Enka Music



Enka (演歌) is a popular Japanese music genre.
Enka music is especially popular with the postwar generation in Japan.
To this generation, Enka songs bring back some of the nostalgia of the “good old days”.
Enka singers, especially women, usually perform wearing a kimono.
Male enka performers tend to wear formal dress or traditional japanese attire.

The first Enka Singer is Hachiro Kasuga, Michiya Mihashi and Hideo Murata.
Hikawa Kyousyi is my favourite Enka singers.
Hes currently the most popular male Japanese enka singer in Japan.


Anyways, nowadays you see some unexpected people in the field of Enka music. One young fellow from the US named ジェロ (Jero).
His grandmother was Japanese and she taught him the language, and that they would sing Enka together as a young boy.
You can watch here. He’s dressed like a rapper but he has an amazing Enka voice!




Thursday, 19 March 2009

Graduation Day

16 Mac 2009

Klik gmbr utk besarkn

Tarikh keramat yg akn sentiasa terpahat dlm ingatan.
Hari graduation day(sotsugyo shiki) yg meninggalkan banyak kenangan manis.
Tuah ayam nmpk di kaki..tuah manusia sape yg tau kan..
Tak sangka betul Otsuka Sensei dan Harue Sensei berbesar hati ingin menaja pakaian utk sotsugyo shiki.

Pakaian yg dipakai utk sotsugyo shiki dipanggil hakama. Ada jg yg memakai kimono pd hr tersebut. Kebanyakan pelajar akn menyewa hakama dgn kadar 25ribu ke 45ribu. Lebih kurang RM800 ke RM 1600 utk sehari. Pd ms ni bolelah tgk masing2 tampil dgn anggun dan bergaya.

Rambut dan makeup serta pakaian akn dipakai di tmpt persolekan. Bayaran dikenakan dlm 4500yen.(Rm215) Ikut makeup dan style rambut jg. Saya...make up sendiri sbb kekangan masa. Pg sy ke rmh sensei utk dipakaikan hakama. Tak reti nak pakai sendiri. Bnyk sgt step. Selepas tu bergegas pula ke U.


Awalnya hati berbelah bagi jg antara pakaian kebangsaan dan hakama. Ada kwn2 nak tgk sy pakai pakaian kebangsaan..hati pula berkata2 ok jg kalau pakai hakama. Akhirnya sy memilih hakama sbb memikirkan sensei beria2 menawarkan. Tak sampai hati nak menolak...

Saya ditaja sepenuhnya kecuali tudung je la. hehe.. tudung yg sebenarnya nyaris2 hndk dibuang sbb dah sedikit buruk. Nmpknya tdg itu akn disimpan sebagai koleksi sejarah hidup. so moralnya..yg buruk ttp ada gunanya..


Boleh dikatakan sotsgyo shiki di Jpn tak meriah lngsung. Jauh beza dgn Msia. Suasana di U seperti hari biasa, cuma nmpk meriah sbb dipenuhi dgn pakaian yg bewarna warni dan gelak ketawa.

Tiada gerai yg menjual bunga. Tak semua ibubapa pelajar dtg. Tiada acara memakai jubah dan topi khas. Tiada mjls naik ke pentas utk menerima sijil. Malah ada pelajar yg x dtg utk mjls konvo sendiri sbb tak rasa ia penting.


Semua pelajar masuk ke dewan besar utk ucapan perasmian. Setiap kali ada ucapan semua yg berada dlm dewan kena bgn dan beri tunduk hormat. Selepas tu ddk. Lenguh belakang rasanya bgn, tunduk & ddk...kekeke.. Hanya nama yg pertama sahaja akan menerima sijil bg mewakili pengajian masing2.

Masa yg diambil cumalah 1 jam shj. Slps tu lagu rasmi U dinyanyikan olh pasukan koir dan seterusnya mjls berakhir.

Berakhir di dewan bersambung pula acara bersama pengajian sendiri utk sesi menerima sijil . Itupun hanya dari sensei sendiri. Masa ni pergi ke kelas utk berkumpul bg acara tersebut.
Mjls bersurai dan disusuli pula jamuan ringkas di syokudo(kantin).

Sbnrnya jamuan rasmi tlh dibuat di hotel pd hari lain. Sy tak pergi sbb rkn zemi tak ramai yg pergi. Kos utk setengah hari jamuan di hotel sebanyak 11ribu(RM410). Bg yg tak hadir kena bayar 55ooyen(RM215).
Sana sini duit je..dgr ribu2 mesti takutkan...kekeke..

Selepas mjls di syokudo, berkumpul dgn zemi sendiri pula utk kali terakhir. Sabishi sgt masa ni.
Sesi ucapan terima kasih dan memberi hadiah terakhir utk sensei.

Sungguh tak sangka sensei memberi saya hadiah 3 buah buku utk bekalan di sekolah nanti.
Tak dapat menahan rasa sebak, sy org pertama rebeh.
Entah bila sy akn bertemu kembali dgn sensei & kwn2 yg bnyk membantu.
Susah senang, suka duka, masam manis belajar diperantauan bnyk mengajar saya erti kehidupan.
Terima kasih kpd jpa, keluarga, sensei, teman dan sahabat ats segalanya.


Tuesday, 17 March 2009

White Day

Klik gmbr utk besarkn

Minggu lepas masa sdg berjalan2 sy smpt merakamkn beberapa keping gmbr yg menunjukkan suasana white day di Jepun.
Walaupun tidaklah semeriah Valentine Day, ttp ia tetap mendapat sambutan dari pelbagai lapisan umur.

Jika pd hr valentine di Jepun pembelinya lebih kepada wanita, utk white day pula pembelinya adalah dr pihak lelaki.
Yang menariknya menjelang mlm pd hr white day, semuanya habis terjual.

Setiap tahun pada 14/3 rakyat Jepun akn mnyambut White Day. Fungsinya lebih kurang sama dgn Valentine Day, cuma pd kali ni pihak lelaki pula akn memberi coklat, bunga, sapu tgn atau brg perhiasan kepada wanita sebagai balasan ats pemberian Valentine Day yg lepas.

White day atau 'Howaito De' bermula di Jepun sejak tahun 1978 dan menjadi ikutan negara lain seperti Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan.
Pasaraya/pusat beli belah tak ketinggalan mempromosikan brgn mereka sempena white day. Brgn dibungkus dan dihias cntk menyebabkan yg melihatnya tertarik utk membeli.

Nak tahu lebih lanjut ttg white day pi baca kat sini

Friday, 13 March 2009

Tisu

*Klik gmbr utk besarkn.

Tisu dan wanita ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan. Dengan lelaki pula camne ye?

Berjalan di Jepun dan menerima tisu percuma dijalanan adalah perkara biasa. Pemberi tisu ni akn berdiri di tempat lalu lalang yg sibuk sambil memegang beg kertas dan menghulurkan tisu pd mereka yg lalu.
Nak tahu kenapa ia diberi percuma?

Tisu yg diberi akan disertakan iklan sebagai satu promosi utk memperkenalkan perniagaan, syarikat atau produk baru kepada masyarakat. Cuba perhatikan gambar tisu yg saya letak di ats.

Seronok dapat tisu free ni, jimat duit. Selama 5 tahun di sini terlalu banyak yg diterima sehinggakan dibuat sebagai cenderahati. Beza sekali dengan suasana di Msia. Kalau memerlukan tisu, beli sahaja di kaunter tandas. Mesti pernah belikan....hehe...

Iklan yg dipaparkan pada tisu tu ada yg baik dan ada juga sebaliknya .Sebagai contoh lihat di bawah.

Tisu yg mengiklankan kerja sebagai pelayan bar dikaunter.
Petugas khas utk iklan sebegini adalah lelaki. Mereka cuma akan hulurkan pada perempuan bergaya dan comel sahaja dan selalunya perempuan Jepun akan mengelak utk menerima tisu yg ada iklan begini.

Ada juga syarikat yg bermurah hati memberi tisu jenis kotak. Cuba perhatikan iklan dikotak tersebut. Cth dibawah adalah iklan apartment.



Seronok dapat tisu free ni. Kadangkala sanggup lalu 2 @ 3 kali utk dapatkannya bila lihat tisu yg diberikan menarik. Lebih2 lagi kalau tisu tu kertasnya berwarna hitam.
Dah diberi percuma sape taknakkan...

Saturday, 7 March 2009

puding Oh puding


hohoho...mesti ada yg tegezut tgk gmbr di sebelah kot..
ataupun terbeliak mata...
ataupun ada yg tertanya2..
ataupun ada yg mgkin ingat saya nak promote benda x senonoh..

relax k..ni bukan nak promote brg lucah...ekeke....
sekadar nak berkongsi pengetahuan saje..

tu adalah makanan yg dipanggil puding atau pun nama komersialnya dlm B.Jpn "oppai purin".
tak bg tau makna oppai tu pun masing2 dah boleh agak apa maksudnyakan.

setiap tmpt sprti Tokyo, Nagoya, Osaka dll mempunyai keluaran oppai purin masing2.
argenya dlm RM14.30sen...ada ke sape2 berkenan nak beli tu..
saya tak pernah beli ye..sekadar ambil gmbr je..


oppss...jgn plak ingat semua puding di jepun ni bentuk begini.
ni hanya terdapat di tempat2 pelancongan saja k...
di pasaraya hanyalah puding2 biasa saja.

org jepun sgt menghargai seni sehingga ia menerapkannya dlm makanan..
sbb tu ada ungkapan yg mengatakan makanan jepun ini
di makan dengan mata bukan dengan mulut.

Friday, 6 March 2009

Kit Kat

Klik gmbr utk lihat dgn lebih jelas.

Anda penggemar coklat..?
Sanggup habiskan duit utk membeli pelbagai jenis coklat..?
Jika anda berada dlm kategori gilakan coklat, saya percaya anda tentu sanggup berbelanja lebih utk merasa semua jenis coklat Kit Kat(キットカット) yg jg disebut Kitto Katto dlm B.Jepun.

Terdapat pelbagai jenis perasa Kit Kat di Jepun. Uishh..pendek kata, mcm2 perasa yg tak terpikir dek akal boleh didapati di sini.
Boleh lihat dgn lebih jelas pd gmbr di atas.
Ada perasa buah2an spt pisang, tembikai, keledek dll.
Ada perasa puding karamel jg.
Dan tak ketinggalan perasa Ocha(teh). Harga Kit Kat biasa dan yg berperisa adalah berbeza.

Kit Kat di Jepun mengikut musim. Musim bunga akn ada perasa Sakura.
Begitu jg musim lain. Kit Kat yg dikeluarkan khas sempena Valentine pun ada.
Selain itu ia juga berbeza mengikut tempat. Seperti cth Kit Kat yg dikeluarkan di Hokkaido.


(perasa kentang & jagung bkr Hokkaido)

(perasa sakura dan ocha)

Oppsss...kalau nak tau..ada jg Kit Kat perasa Wine...


Ada jg Kit Kat yg dijual dlm vending machine utk memudahkan pembeli.
Sejarah Kit Kat di Jepun bermula pada tahun 1973 dgn permulaan harga 60yen(RM2.40).

Fanatiknya Jepun terhadap Kit Kat sehingga diwujudkan laman web ttgnya serta sejarah Kit Kat di Jepun dan negara lain jg. Hebatkan.......!

Boleh rujuk disini tapi dalam B.Jepun la yek..

Mungkin yg terlalu gilakan KK sanggup juga membeli ini--------->
Adakah anda juga termasuk dlm org2 yg obses sebegini....?


Wednesday, 25 February 2009

Anjing


Pagi ni ke U, terpandang papan tanda ni.
Tertera tulisan 犬のフンは持ち帰ろう!(inu no fun wa mochi kaerou)= sila bw balik tahi anjing.

Menjadi kebiasaan org Jepun akan membawa anjing berjalan2 di tmn atau berjoging. Sambil berjalan mereka akan membawa penyodok dan plastik utk mengaut tahi anjing mereka andainya anjing tersebut terberak di tengah jalan.
Sama ada yg tua mahupun yg muda akn buat benda yg sama.

Ada juga makcik2 berumur yg akan bawa naik troli.
Ada pula yg akan bawa naik basikal dan diletakkan dlm raga.
Kadang2 bila naik train pun kita akn terserempak dgn anjing mahupun kucing dalamnya.


Anjing di sini kiut miut. Siap ada baju dan pin rambut. Itu yg jenis kecil dan comel le. Yg besar hanya dipakaikan baju shj.
Bulu bahagian kepala di warnakan ikut rambut tuannya pun ada. Pendek kata, mcm2 gayalah. Saya yg tak suka dgn anjing pun jadi leka melihatnya.
Setakat melihat saja, sentuh tak pernahla.

Kadangkala bila sedang berjalan, tak sedar ada anjing sdg berjln sambil menghidu2 di sebelah. Terlompat saya sekejap. Anjing dan tuannya pun sama terperanjat.
Mestilah tuannya pelik dgn cara saya, org lain bila tgk anjing jinak akan sibuk nak belai2 sambil sebut kawaiiii..kawaiii(comel).
Saya pula sebaliknya. Bukannya apa, dah kita diajar utk tidak menyentuhnya.

Anjing di sini jg baik2 belaka. Tak mcm anjing di Msia yg garang dan menakutkan.
Di sini susah nak cari anjing yg tak bertuan. Kebanyakannya sume ada tuan.
Tak akan jumpa anjing kurus kering merayau2 cari makan di lorong, di taman2, dicelah2sampah. Tak tahula kalau di tempat lain bahagian Jepun ni.

Bertuah hidup anjing di Jepun ni. Hidup gembira dan ditatang bagai minyak yg penuh.
Mendapat kasih sayang tak berbelah bagi. Sbb tu anjing di sini baik je kut..


Monday, 23 February 2009

Spacial, Spesial & Special Price

Khamis lepas saya berjalan2 ke Koshigaya Lake Town bersama Masako, Maiko & Towachan.
Mencari hadiah utk sensei terchenta..huhu..
Sambil tu menjamu mata melihat barangan yg dijual saya sempat mengambil gmbr.
2 gmbr dgn ejaan yg berbeza.





Jepun menjepunkan sebutan BI.
Maka jadilah spacial & spesial.. \(⌒∀⌒)/

*klik pd gmbr utk lihat dgn jelas.

Sunday, 15 February 2009

Free Hugs

Lokasi: Shibuya, Hachiko Exit


Mari...mari..mari...pelukan percuma..


Pelukan percuma...emm..apa tu...
Asalnya...free hug ini dimulakan oleh seorang yang bernama Juan Mann pd thn 2004.
Hidupnya yg tidak menentu di London membuatkan dia membuat keputusan utk pulang ke Australia.

Semasa tiba di Sydney, tiada sesiapa yg menyambut kepulangannya. Juan hanya melihat penumpang lain disambut oleh orang yang tersayang dgn riang gembira dan saling membalas pelukan antara satu sama lain. Dari sinilah idea dtg secara tiba2.
Juan memutuskan utk menulis perkataan "Free Hugs" di atas kadbod dan berdiri di tempat yg ramai dilalui orang di Sydney.

Misi utamanya adalah memberi pelukan percuma kepada setiap orang dgn bertujuan memberikan kegembiraan pd org tersebut.
Pada permulaan, org hanya melihat shj tanpa berbuat apa2 sehinggalah dtg seorang wanita yg sdg kesedihan memeluknya. Itulah wanita pertama yg mendapatkan pelukan percuma tersebut.

Hasilnya, kempen free hug ni telah mula dikenali dan menjadi ikutan.
nak tau lbh lanjut bc kat wikipedia le..

Video ni adalah situasi free hugs di Shibuya, Tokyo.

Monday, 19 January 2009

Homuresu

Shinjuku,Tokyo.


Stesyen Shinjuku







Kalau berjalan di Jepun pasti dapat melihat situasi di atas.
Apa perasaan anda...Tentu tertanya2kan.
Ye..tak semua orang mampu memiliki rumah.
Lebih2 lagi kos yang tinggi dan mahal di sini.
Maka mereka memilih untuk berehat/menumpang teduh di malam yang dingin.
Sementara menunggu mentari melebarkan sayapnya.
Hanya beralaskan kotak.
Berselimut lusuh.
Walaupun begitu, minta sedekah tidak sekali.
Bersyukurlah kita di sini.
Masih mempunyai rumah sendiri.
Walaupun hanya sekadar rumah sewa.

Gmbr:Shinjuku blog

Bento Boxes


*Klik pada gambar utk lihat dgn lebih jelas.

Kali ni nak bercerita pasal bento(a packed box for lunch).
Comelkan bento di atas tu. Rasa sayang nak makan. Hehe..
Ni la rupa bentuk bento yang dibawa oleh anak-anak Jepun ke sekolah. Bukan setakat sekolah rendah sahaja ye. Yang di U pun ada juga tapi takla hiasannya sehebat yang di atas. Nampak berwarna warni dan menarikkan walaupun hanya sekadar nasi dan sayur2an dan buah2an shj. Tiada sambal atau lauk pauk pelbagai ye.

Ibu-ibu di Jepun penuh dgn idea dan kreatif. Mereka akan menghias secantik yang mungkin supaya anak-anak merasa bangga bila dibandingkan dengan bento anak-anak yang lain. Ada peralatan khas untuk membuat bentuk2 yang menarik. Tapi, tak semestinya guna peralatan khas, jika ada alat2 utk buat biskut raya pun boleh digunakan. Terpulang pd daya imaginasi sendiri.
Lepas ni bolehlah ibu-ibu di Malaysia meniru idea ni. Mana tau anak-anak yang tak suka nak makan tu, bila tgk bento yang cntik dan menarik terus minat nak makan.

Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker