Sunday 25 January 2009

Nabe




Nyumm..nyumm sedapnya dapat makan nabe di musim sejuk begini.
Ni adalah antara makanan yg popular bila tiba musim sejuk di Jepun.
Senang je cara utk memasaknya.
Didihkan air panas, letak kiub tomyam/sup(ikut suka).
Bila dah mengelegak masukkan segala bahan seperti bermcm2 jenis sayuran + sea food.
Akhir sekali masukkan udon(jika suka).
Angkat dan makanlah.
Nak sedap lg, tmbh sos buatan sendiri atau yg dah siapnya.
Haa..senang je kan.
Makanan campak2 dan menyenangkan.
Jimat masa dan tenaga.
Makan beramai2 lagi terasa kesedapannya.
Kalau makan sorang2 tak rasa apa pun..hehe

Terima kasih pd Abg Nadimin dan Siti sekeluarga atas jemputan party nabe.

Saturday 24 January 2009

Diari hari ini

Sabtu yang sungguh sibuk. Pagi menghadiri rombun happyokai(pembentangan tesis) di U dan juga jamuan meraikan sensei yg akn bersara serta pelajar tahun akhir. Sebelum pulang sensei tachi berbaris memegang bunga tulip utk diberikan kepada pelajar yang lalu. Tuah badan, dapatlah 4 kuntum bunga pd hari ni.
Majlis berakhir dalam jam 230 ptg.
Balik dari U bersiap2 pula ke Embassy utk mjls mkn mlm bersama KSU Ybhg Tan Sri Rastam. Seperti biasa ada sessi soal jawab dan jamuan makan. Majlis bertujuan utk merapatkan hubungan antara pelajar dan pihak atasan.
Sedikit letih ttp tetap gembira.












Wednesday 21 January 2009

Tempura soba


oh tempura sobanya cerita.......

tekak teringin nak mkn tempura soba sejuk tapi kedai yang sedap tu tutup plak. jd gi la mkn kat kedai lain. tak pernah gi lagi kedai ni. tgk di luar ada menu soba, apalagi terus la masuk. yg kelakarnya plak, bila masuk selalu akan disambut dgn sahutan 'irasshaimase'tapi kali ni tak ada. makcik & pakcik ni tekaku tgk muka saya. saya pun da serba salah. mgkin
sbb saya gaijin(org luar) & pakai tudung. nak ilangkan gelabah saya pun tanya, masa meniaga da
mula ke..jawabnya..hait( dgn muka yg teragak2)bole masuk ke..bole ddk ke..saya nak order
tempura soba.......selepas ddk barula makcik tu ala tersedar, terus tanya balik..oh nak mkn
tempura soba ye.
sedap gak la soba dia. yg tak bestnya tak dapat na minta tmbh ocha. sbb makcik tu malu, ddk kat belakang kedai je. sian betul. .bila nak balik saya pun jerit sumimasen..terus dia pun dtg dr belakang dan bg tau arga 700yen(RM24). Senyum jek muka dia..& terus ucap arigato..
agaknye selama ni tak pernah org luar msk kedai dia..dah tu mesti ingat saya nak ape2/jual brg kat dia kut..tu mcm takut2 jek..hehe



Monday 19 January 2009

Nomikainya cerita

Endo sensei
Photo Frames. Happy New Year 2009

Br balik dr nomikai. Awalnya tak ada hati nak pergi.
Memikirkan gi nomikai paling kurang 3ribu(RM115)melayang. Bayar sama rata walaupun ada mknn yg tak dpt dimkn. Tapi pikir semula, apa salahnya berkorban utk meraikan senseikan. Lagipun da lama tak berkumpul dgn zemi sendiri.
Last berkumpul cuti musim panas tahun lepas. Nomikai ari ni khas untuk meraikan sensei yg akn bersara pd tahun ni. Nama je jamuan nak raikan sensei tapi sensei pula yg hulur 10ribu(RM380).
Kami ber8 terkejut. Lain dirancang lain pula yg jadi. Rezeki dtg bergolek.
Tak de sape dapat menduga. Terima kasih sensei.
Selebihnya kami bayar. Jauh dr yg dijangkakan seperti asal.
Ari ni perasaan nak mkn tak berapa. Saya hanya order:
(kani cream corokke)


(sarada tofu goma dressing)



(hokke)



(ika soumen)



(maguro sashimi)
itu pun ditanya lagi sama ada nak order yg lain. Minum ulung cha panas. Cuasa sejuk2 ni tak terasa pula nak order air berulang2 kali mcm kwn2 lain. Itu pun da cukup puas hati.
Sedap semuanya.
Alhamdulillah.

Homuresu

Shinjuku,Tokyo.


Stesyen Shinjuku







Kalau berjalan di Jepun pasti dapat melihat situasi di atas.
Apa perasaan anda...Tentu tertanya2kan.
Ye..tak semua orang mampu memiliki rumah.
Lebih2 lagi kos yang tinggi dan mahal di sini.
Maka mereka memilih untuk berehat/menumpang teduh di malam yang dingin.
Sementara menunggu mentari melebarkan sayapnya.
Hanya beralaskan kotak.
Berselimut lusuh.
Walaupun begitu, minta sedekah tidak sekali.
Bersyukurlah kita di sini.
Masih mempunyai rumah sendiri.
Walaupun hanya sekadar rumah sewa.

Gmbr:Shinjuku blog

Bento Boxes


*Klik pada gambar utk lihat dgn lebih jelas.

Kali ni nak bercerita pasal bento(a packed box for lunch).
Comelkan bento di atas tu. Rasa sayang nak makan. Hehe..
Ni la rupa bentuk bento yang dibawa oleh anak-anak Jepun ke sekolah. Bukan setakat sekolah rendah sahaja ye. Yang di U pun ada juga tapi takla hiasannya sehebat yang di atas. Nampak berwarna warni dan menarikkan walaupun hanya sekadar nasi dan sayur2an dan buah2an shj. Tiada sambal atau lauk pauk pelbagai ye.

Ibu-ibu di Jepun penuh dgn idea dan kreatif. Mereka akan menghias secantik yang mungkin supaya anak-anak merasa bangga bila dibandingkan dengan bento anak-anak yang lain. Ada peralatan khas untuk membuat bentuk2 yang menarik. Tapi, tak semestinya guna peralatan khas, jika ada alat2 utk buat biskut raya pun boleh digunakan. Terpulang pd daya imaginasi sendiri.
Lepas ni bolehlah ibu-ibu di Malaysia meniru idea ni. Mana tau anak-anak yang tak suka nak makan tu, bila tgk bento yang cntik dan menarik terus minat nak makan.

Saturday 17 January 2009

Makeup Trend



Ish2..apa ni ya? Kalau nak tahu ini adalah papan tanda amaran yg dikeluarkan oleh syarikat Tokyo Metro(subway company in Tokyo)khas untuk wanita2 yang berada di Jepun. Pasti tertanya2kan kenapa pula?...Jawapannya.........





Haa...skrg da taukan..Ni adalah pemandangan biasa di dlm train sekitar Tokyo. Mereka akan make up bermula dari 0 hingga selesai. Hebatkan.. Kalau saya agaknya habis berterabur atas lantai..hehe..Selalunya yang rajin make up dlm train ni wakai onna(perempuan muda) sahaja. Tak pernah pula nmpk obatachi(makcik)buat mcm ni.
Saya suka melihat gaya mereka. Curi2 lihat la. Kalau perhati je nmpk sgtkan. Sekarang barulah tahu knp perempuan Jepun suka bawa beg besar. Rupanya dalam beg tersebut ada barang2 make up selain yg lain. Lengkap perlatan makeupnya. Bukan lipstik je k..

Kalau dulu makeup di rmh atau toilet, skrg tmptnya dah berubah.
Moralnya: masa amat penting, x perlu amik masa make up di rumah.
Ada tak sesape yg sanggup nak tiru perlakuan di ats tu?..
Tak tahulah pandangan org Jepun camne ye..Mgkin ada yang tak kisah dan ada yang kisah. Kalau tak kisah, pasti papan amaran yg di ats tu tak wujudkan...Betul tak?..

Friday 16 January 2009

Chopstik 2


Salam buat semua.


Kali ni saya sambung lagi tatacara menggunakan chopstik. Ada beberapa perkara lagi yang saya terlupa nak kongsi pd entri yang lepas.
Jom kita tgk apa lagi 'bad manners' tersebut.

Antaranya adalah:
1. Tak boleh letak chopstik secara melintang di atas mangkuk.
2. Tak boleh pegang chopstik sambil teragak2 nak pilih hidangan.
3. Tak boleh ambil mknn yg menitik2 airnya terus masuk ke mulut.
4. Masa sedang berbual, tak boleh hayunkan chopstik ke sini sana.
(Kadang kita terlupa masa sedang rancak berbual tak sedar tgn pun ikut terangkat..hehe) Pasni kena hati2 ni.
5. Tak boleh mengetuk2 chopstik pd mangkuk.

Selain itu ada 2 perkara yang membuatkan orang Jepun rasa engi ga warui(betul2 rasa tak
senang).
Yang ni memang kena berhati2 sgt2.
1. Cucuk chopstik dalam mangkuk yang berisi nasi.
2. Passing makanan antara chopstik ke chopstik.
Ini saja buat kali ni. Semoga info ni memberi manfaat pada semua.

Wednesday 14 January 2009

Chopstik 1




Apa kata hari ni kita belajar tentang 'bad manners with chopstik'.
Jepun sangat terkenal dengan penggunaan choptiks. Rupanya ada tatacara tertentu dalam menggunakan chopstik semasa makan.
Antaranya:
1. Tak boleh menjilat chopstik.
2. Tak boleh menikam makanan dengan chopstik.
3. Tak boleh tolak pinggan yang berisi makanan ke arah diri sendiri dgn chopstik.
4. Tak boleh mengacau(seolah mencari2) mknn untuk dimakan.
Lepas ni kalau berpeluang makan dengan orang Jepun tak lah rasa risaukan.
Satu lagi, kalau kita dah rapat dan biasa pergi rumah family Jepun, kita akan diberi chopstik untuk digunakan bila datang lagi di lain waktu. Dalam keluarga Jepun, setiap orang ada chopstik khas untuk diri sendiri.
Begitulah uniknye budaya di sini ye. Agak-agaknya boleh tak kita buat begitu pada sudu dan garfu di rumah kita?...hehe..mau pening kepala dibuatnyakan.
Okey..Jumpa lagi di lain bicara.

Saturday 10 January 2009

Ohh lega



Alhamdulillah, akhirnya siap jua rombun yang ditulis selama ini.
Terima kasih kepada sensei dan kawan2 yg banyak memberi pertolongan.
Tak lupa jua pada buku rujukan dan kamus buku serta elektronik..hehe.. tanpa kamus elektronik ni rasa payah sangat nak buat keja.
Terasa beban dah terlepas dan merdeka sekejap. Walaupun sebenarnya belum merdeka lagi. Keputusan rombun akan diketahui pada bulan 2 nanti. Kena happyo lagi pada bulan tersebut. Kena fikir untuk happyo pulak.
Macam-macam benda nak kena fikir..Sabarjela kan..
Pape pun hati sedikit riaang..lalala

Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker