Wednesday 31 December 2008

2008

2008 telah pun sampai ke penghujungnya.
Esok bermulalah episod baru 2009.
Bermakna bertambahlah usia.
Moga dengan pertambahan usia akan membantu mematangkan diri kita.

Sayounara 2008.



Monday 29 December 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah....
Masih terngiang2 lagu ni ditelinga saya.

Bercakap tentang hijrah, adakah kita juga sudah bersedia untuk berhijrah..?
Berhijrah dari...
~sikap buruk ke sikap baik
~malas ke rajin
~tak berilmu ke berilmu
~kegagalan ke kejayaan
dan pelbagai perkara lagi yang membawa ke arah kebaikan dan kejayaan.
Insyaallah niat yang ikhlas akan membuahkan hasil yang baik.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Wednesday 17 December 2008

PETUA KESIHATAN RASULULLAH

SUMBER DARI MAIL

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI

TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM, AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Untuk sihat dan ceria apa kata kita ubah gaya pemakanan selepas ini.


Saturday 13 December 2008

Undangan



Dapat jemputan makan lagi. Kali ni di rumah pegawai kedutaan. Kata pepatah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Amalan mengundang dan memenuhi undangan itu sendiri merupakan sunnah Rasulullah saw. Baginda sendiri menggalakkan para sahabat mengamalkannya sebagai mengeratkan ikatan persaudaraan.


Adab-adab mengundang:
~x bezakan tetamu miskin/kaya
~niat krn Allah Taala
~hendaklah jgn mengundang org yg sukar menerima undangan
~tidak mengundang org yg akn merosakkan mjls
~segerakan menikmati hidangan jika jmptn tlh ramai
~mknn tidak perlu sampai membazir/terkurang
~x boleh mengemas apabila jmptn belum selesai mkn
~mengizinkn jmptn membawa blk lebihan mknn


Adab-adab menerima undangan
~x bezakan undangan dr org kaya/miskin
~tdk menolak sesuatu undangan hanya dsbbkan alasan jauh
~tdk menolak krn alasan puasa.
~jika puasa sunat dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala kerana menyenangkan tuan rmh. ttp jika puasa qada tidak boleh berbuka.
~menolak undangan jika hidangan dr sumber yg haram, ada hiburan yg diharamkan olh syarak &
undangan itu dtg dr org zalim/suka bermegah diri
~tdk menerima undangan semata2 memuaskan kehendak perut



Adab dlm mjls
~ddk ditmpt yg disediakan
~memberi salam/bertanya kabar dgn org yg ddk berhampiran dgnnya
~jgn ddk terlalu lama sehingga mjls selesai
~jgn pula bersegera hndk plg sehingga tuan rmh tergesa2 hidangkan jamuan
~mkn secara besederhana
~tdk menyebut /melakukan perbuatan yg menyebbkan org hilang selera mkn
~mendahulukan org yg lbh utama/org tua-tua
~mengambil mknn ikut giliran/tdk terlalu lama


Begitulah sebahagian adab yg diajarkan oleh agama Islam. Cantik dan indahkan. Mencakupi segala aspek kehidupan. Adakalanya disbbkan oleh kesibukan/gaya kehidupan yg berubah kita mgkn terlupa adab tersebut dan tdk mengambil berat ats jemputan yang diterima. Apa kata selepas ini kita sama-sama memperbaiki ke arah yang lebih baik.
Terima kasih buat En. Redhauddin sekeluarga.

Thursday 11 December 2008

Rombun oh rombun

Sepanjang minggu ni sibuk mengadap rombun.
Dah tinggal saat2 akhir. Tinggal sebulan lebih je lagi. Masa nilah jadi seorang yang paling rajin. Rajin ke perpustakaan dan rajin pula membelek buku masa dalam train. Kadang2 senyum sendiri dibuatnya. Selalunya lebih suka tidur je kalau naik train ni.
Adakala masa tengah cr bahan sempat juga menung sendiri, terfikir mampu atau tidak untuk siapkan rombun ni.

Ada masa semangat jadi lemah bila terlalu memikirkan sangat. Bila terlalu pikir akan jadi risau. Bila dah risau mulalah rasa malas dan tak yakin datang. Sebab tu tak boleh sangat layan kata hati ni. Bila dilayan ia mengundang anasir negatif je.

Fikirkan boleh walaupun sebenarnya rasa tak boleh. Bila selalu pikir positif, pertolongan akan datang tanpa disangka.

Tuesday 9 December 2008

Aidiladha terakhir di bumi sakura

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
Raya haji tiba lagi. Kiranya taun terakhir beraya di Jepun nih..
Genap sudah 5 tahun beraya di bumi sakura. Rindunya nak beraya di Msia membuak2 di dada ni.
Pg raya hari ni seperti biasa sahaja. Kali ni masing2 tak dapat berkumpul raya sbb ada kelas yg wajib hadir.

Bangun pagi tel keluarga sambil dgr takbir raya.. sedih jugakan..tapi control le..
Rutin biasa jam 9 gi kuliah. Aktiviti yang sama setiap tahun selagi masih bergelar pelajar.
Tringat tahun pertama masa mula2 beraya kat perantauan, time tu aidilfitri, dr jam 8 pg hingga 4 ptg dok dalam dewan peksa. Punya semangat nk beraya, satu batch pakai bj raya gi amik peksa.
Orang jepun dok tertoleh2 tgk bj kami yg cantik bebenor ni..
Ptg jam 5 dgn muka slamba g rumah peg kedutaan..
Punyalah semangat nak berayakan. x kisah x dpt duit raya yg penting ada mknn ala2 musim raya.


Raya haji pula ada kelas. So beraya dalam kelas ajela.
Yg lucunya, ada jg kawan2 d Msia ingat kami ni dpt cuti special sempena raya.
Alahaiii..tak ada maknanya kerajaan jepun nak bagi cuti ye.. Bertuahnya kalo dapat cuti.
Camtu tiap kali raya akan balik ke Msia..

Beraya di luar neg ni pun dikira seb salah satu pengorbanan juga.
Berjuang dlm menuntut ilmukan..harus sabar dan redha.
Peluang beraya di perantauan adalah pengalaman paling berharga, yg tak di jual di mana2.
Pahitnya sementara, manisnya kemudian.
Memang akan dikenang sepanjang hayat.

Menu istimewa pagi raya~ tak ada. Tak sempat nak sediakan apa2. Nak bergegas ke kelas. 

Lagi pon sorang2 tak de mood nak makan.
Sekadar sarapan pagi~roti telur. Pada tahun ni pihak kedutaan tak dapat buat sambutan raya sbb bangunan masih dalam proses baik pulih.
So masing-masing yang mempunyai masa akan pergi bersolat di Masjid sekitar Tokyo sahaja.

Menjelang petang slps abis kelas gi jemputan raya.
Memandangkan tak buat apa2, bawa kuih raya puasa yang lepas sebagai buah tangan.
Kira oklah tu kan..hehe
Seronok juga dapat berkumpul dan menikmati juadah raya beramai2.
Kedatangan pegawai kedutaan, En Jasri dan En Redha sekeluarga memeriahkan lagi suasana.

Salam Aidiladha & Maaf Zahir Batin buat keluarga dan teman2 yg tersayang.
Terima kasih buat Sazu atas jamuan raya terakhir di bumi sakura.

Sunday 7 December 2008

Keio Plaza Hotel Tokyo



Hari ni dapat jemputan ke Keio Plaza Hotel Tokyo.
Sessi dialog antara pihak pelajar dan kedutaan.
Dapat makan yang sedap, bertemu kawan lama & berkenalan dgn yg baru,
kebetulan pula duduk di meja utama bersama Ambassador. Melihat bandar Tokyo dari tingkat 47. Pemandangan hutan batu yang memikat.
Rezeki sehari sebelum raya haji.
Terima Kasih JPA.(^-^)



Tuesday 4 November 2008

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda

Perkara ajaib yang tersembunyi di dalam minda kita mungkin menjadi satu daripada sumber untuk kita mencapai kejayaan. Sama ada kita sedar atau tidak akan perkara keajaiban ini, kita harus tahu dan cuba untuk menggunakannya supaya kejayaan dan kecemerlangan yang di harapkan akan terpancar.

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

2) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

3) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

4) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik dr Sabahdaily
Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker