Saturday 1 August 2009

Durian in Japan


Buah durian di Jepun...opss!
nilai sebiji buah durian di negara matahari ni ye.
mampu lihat dengan mata ajela..
beli...tak tegamak nak membelinya.
adakala arga mencecah sehingga 5000yen sebiji
macam tak masuk dek akal..

kiranya nilai dlm RM100 lebih utk sebiji.
isinya tak tentu lagi baik @ tak
durian ni di dtgkan khas dr Thai

agak2 ada tak jepun yg beli ni..
rata2 memberi respon yg 'kureng' bila menyebut ttg durian
tak tertahan baunya yg busuk...kata merekalah

emm..busuk ke...? yg busuk tu la yg bernilai & mahalkan....

Thursday 30 July 2009

隅田川花火大会 Fireworks on Sumidagawa ,Tokyo


Salam ceria dan bertemu kembali.
Kali ni nak bercerita tentang Hanabi @ fireworks di Jepun.

Jepun skrg telah pun memasuki musim panas. Musim yang paling ditunggu- tunggu oleh setiap orang. Bahang panasnya mengalahkan panas di Msia. Di musim ni juga kita dapat melihat fesyen yg berwarna warni dan ranggi.

Selain itu, aktiviti yang paling ditunggu2 adalah menyaksikan pertunjukan bunga api @ hanabi taikai. Ia merupakan aktiviti turun menurun masyarakat Jepun. Acara hanabi ini tidak terhad pada satu tempat sahaja. Boleh dikatakan di setiap daerah ada sambutannya tersendiri dan harinya pun berbeza.

HANA bermaksud bunga manakala BI pula datang dr sukukata BI yg bermaksud api. Digabungkan menjadi HANABI.

Kebanyakan anak muda yang datang akan memakai pakaian tradisional musim panas seperti yukata bg perempuan dan jinbei bg lelaki. Ribuan pengunjung yang datang menyaksikannya.
Masing2 akan datang lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk yg selesa.
Pertunjukan ini akan memakan masa selama 1 jam 1/2 tanpa henti. Bunga api yang dilepaskan di udara dapat dilihat dari jauh serta mempunyai corak yang berbeza.

Nak lihat dengan lebih jelas suasana hanabi di Jepun...apa kata jom tgk video di bawah ni..


Sebelum dah sesudah suasana hanabi di Tokyo



Tuesday 28 July 2009

Tanabata Festival, Kanagawa 平塚七夕まつり


Suasana Tanabata Matsuri

Tanabata Matsuri @ Star Festival disambut pada 7 Julai (hari ke 7 & bln ke 7) atau pun sebulan lewat dalam bulan 8 pada setiap tahun.
Asal perayaan ini adalah dari negara China. Diperkenalkan di Jepun pada zaman Nara. Kota Sendai sangat terkenal dgn dekorosi unik tanabata.

Ada banyak versi tentang sejarah asal Tanabata. Secara ringkasnya ia mengisahkan lagenda cinta pengembala lembu bernama Hikoboshi dan penenun mahir bernama Orihime. Orihime merupakan ank kpd raja langit. Disbbkan kerajinan keduanya, raja langit bercadang utk menjodohkan mereka.

Suami isteri ini hidup aman bahagia sehingga melupakan tugas masing2. Raja langit sangat murka & keduanya dipaksa berpisah. Mereka dipisahkan oleh sebatang sungai (Milky Way) & hanya diizinkan bertemu setahun sekali pada mlm hari ke 7 bulan ke 7.

Jika hujan turun pd mlm tersebut, Orihime tidak dapat menyeberangi sungai berjumpa suami. Sekawan burung terbang menghampiri pasangan yg bersedih itu lalu berbaris membentuk jambatan supaya pasangan tersebut dapat bertemu.
Peristiwa inilah yg disebut sebagai Tanabata.

Festival Tanabata dimeriahkan dgn tradisi menulis permohonan di atas tanzaku @ kertas carik berwarna-warni. Permohonan yg dibuat adalah berdasarkan keinginan penulis. Kertas-kertas tanzaku yg berisi pelbagai permohonan diikatkan pada daun buluh dengan harapan supaya permohonan itu dikabulkan.

Wednesday 3 June 2009

Blog Baru

Salam ceria & betemu kembali.

Udah sebulan tak kesempatan utk update blog. Bak kata mamacute & anis da besawang..deii..x nmpk sawang pon...hehehe..

Ada banyak benda nak tulis, tapi semuanya x tertulis. Tersimpan setakat dlm fikiran aje. Dalam malas2 menulis tetap punya masa buat blog lain plak..ala2 telebih rajin gitew..

Mulai akn dtg blog ni dikhaskan utk cerita ceriti yg berkaitan dgn jepun sahaja. X la pening kepala kejap cerita pasal jepun, kejap cerita ttg msia. Tuannye blog pun naik pusing..hehe..

So kawan2 kalo nak tau cerita terkini pi lawat life is beautiful ye..

Ok..azas..


Saturday 11 April 2009

Tokyo Tower

Ketinggiannya mencecah 333m.
Dibuka kpd umum pada thn 1958.

Cara2 utk ke TT.
Ambil Mita Line dan turun di Onarimon atau pun
Oedo Line dan turun di Akabanebashi.
Boleh jg menaiki JR Yamanote dan turun di Hamamatsucho eki. Mengambil masa 15min.

a) TT dr luar
b) beratur utk menaiki ke ats

c) lampu dlm lif yg berwarna warni & penjaga pintu

d)pemandangan dr TT
e) peta terkini
f) peta zaman meiji
g) peta zaman edo (tulisan tgn & kanji)
h) penerangan ttg bangunan

i) pandangan ke bawah
j) antara cenderahati yg dijual

k) mesin medal


klik le gmbr kalo na tgk lbh jelas

Thursday 2 April 2009

Magnet


マグネット @ magnet..
entri khas utk syahjehan78..
jgn meletop lak syahjehan ek.. melihat koleksiku ini..hehe..

salah 1 koleksi brgn yg plg di sayangi. ms tgh sibuk kemas brg dulu smpt la sy snap gambo.

sejak belajar d jepun sy suka kumpul magnet. ada yg dibeli setiap kali bejln2 dlm jepun & luar & ada juga yg sy dpt seb. hadiah dr teman.
setiap magnet ada critanya yg tesendiri. magnet2 ini masih dlm perjlnn ke msia, harap tiba dgn selamatnya..

wat syahjehan..magnet tu dah ada cuma tak kesempatan nak pos laie..x kesempatan pon nak belek brg2 dlm beg bosa tu laie haa..hehe..


Wednesday 1 April 2009

Here I Come...

31/3

sy ke kuantan ditemani oleh adik & pak sedara.
tak penah jejak pon bndr kuantan kecuali ke cherating 7 taun lps..itu pon ingat2 lupa.

dgn kelajuan 180 ke 200km perjam, ms yg diambil hanya 2jam shj tiba di sek. masih ada pengetua yg br abis meeting. sy ditmpgkan di rumah waden & seterusnya mnjd tmpt tinggal hingga skrg.

slps bekenalan ngan suasana skolah, kami ronda2 bndr kuantan. pak sedara belanja mkn seafood d tnjg lumpur..apa lagi..melantak la sebanyk2nye kan..da betaun tak mkn beb..
pasni kot sy tensen bole la sy ke sini. la ni patah kaki sbb tak de keta lg. kalo da ada keta mmg jln tak hengat le..hehe



mekasih pd ummi, aunty/anjg, adik,wani, maksu & pakchin, kuarga serta kengakawan yg bnyk membantu sy. trimas jg pd kwn nun jauh di nippon yg sudi berkirim mail & menelipon betanya kabar.
kerjaya sy br bermula di sini...doakan sy berjaya ye..


Wednesday 25 March 2009

Sayonara nippon..


balik x ni sgt bertuah sbb dpt golden club class. Sume kwn dah balik sblm ni.  Tinggal sy dan bad saja yg pulang pd hr ni. 
kebetulan org tak ramai naik..layanan tip top tu...
pergi dulu pun dpt seat business class gak
kiranya lucky la pergi & balik
thanks pd jpa & rakyat msia


A) sayonara nippon..
B) 1,2,3...terbanggg
C) ruang udara jepun

saat tinggalkan bumi jepun sgt susah nak digmbrkn dgn kata2
dulu tinggalkan & kembali semula
kali ni tinggalkan utk
kembali ke M'sia membalas jasa rakyat
berkhidmat pd neg terchenta..
thanks pd masako & lan yg hntr ke Narita


A) seat dlm golden club class
B) button yg ada pd seat
C) hadiah dr MAS
D) sesi rehatkn diri


mknn yg dibagi..aduhai..paksa diri utk mkn gak.. kejap2 mkn smpi rs penat nk mkn. Yg mkn bnyk tentulah badrul. Hehe..
sy tak lepaskan peluang tmbh satay..free kan..hehe
flight jam 1030pg dr narita & tiba di M'sia jam 530ptg.

botol kemek akibat tarikan graviti semasa kapal terbang nak landing.


sy dijmpt oleh wani
mlmnya ada pejumpaan x rasmi ngan kwn2 bekas smka shams
ada yg 14 thn x penah jumpa
tak sangka la depa sanggup aturkan pertemuan yg berlngsung hingga 2 pg
thanks kwn2..sy sgt hargainya




*klik gmbr utk besarkn

Tuesday 24 March 2009

Sakura

mlm sblm plg ke msia sy dgn masako ke Ueno Koen.
sakura telah berkembang dan ada pokok yg tlh berdaun!

wahh..sgt mengejutkan..cpt btul
w/pun gitu msh ada lgi pokok sakura yg blum berkembang sepenuhnya.
lg mengejutkan da ada org2 yg berhanami di bwh pokok..


sy memetik bunga sakura utk dibw pulang ke msia.
ats permintaan adik & kwn kerana nak lihat dari dekat.
ikutkan org jepun marah kalau memetik bunga sakura ni..

semasa petik, masakochan berkali2 memohon maaf pd pokok.
sy pun cakap benda yg sama jg la..
kalau ikut islam pokok kan sentiasa berzikir pd Allah.
kiranya sy da mengganggu xtvt pokok jg..


klik gmbr

A) putik sakura
B) sakura waktu mlm
C) sakura dr dekat



Sunday 22 March 2009

Adam & ikan

anak sape ni...grgnye muke dia..tapi still cute..
ada rupe jepun tak...

Ni la Adam Iskandar...ank bujang che pa & en ed
Yg sgt sukakan pistol dan game..
Yg adakalanya lucu & petah berbicara..
tapi sgt pemalu bila jumpa org baru..
pe kabar ikn adam skrg ye..


*adam dlm pelbagai aksi


hari2 terakhir sblm balik, sy ddk di rmh che pa & en redha.
terima kasih ats budi baik & layanan.
selamanya akn dikenang.


Saturday 21 March 2009

My house

klik le gmbr tu..

home..rumah..atau iek..
umah sy di nihon.
rega sewanya 45ribu(RM1650) sbln.

sewa umah kat jepun ni..
bebeza ikut tmpt & keluasan.
biarpun sempit anggap je la luas..hehe.

"luaskan" umah sy...
krn keluasan ni la kwn2 dtg bertndg..
makan2 & bergelak ketawa

pastu terima la surat 'chenta' dr tn rmh
sbbnya asyik bising..
dok umah kat jopun ni tak leh nak bising2
nanti sebelah menyebelah, depn belakang marah..
tak pasal2 polis plak dtg bg amaran suruh sonyap..

4 tahun suka duka di rmh ni.
2 min ke eki
3 min ke U

kini tiba waktu utk tinggalkannya...

terima kasih pd yg menolong
semasa sesi kemas brg utk kontena & rmh

sayonara..watashino iek..purinsesu kuroda..
sayonara bunkyo daigaku...
sayonara kita koshigaya...


Friday 20 March 2009

Bersukaria

19/3
singgah sebentar di kedai onigiri kat nishi koyama
sedap gile onogirinya..fresh lagi..
dek krn kelaparan kami mkn kat tepi jln je..hehe..

habis urusan di student house kami be2 ke shibuya.
last choice, ke big echo
selesa btul suasana dlmnya
enjoy dlm 2 jam
minuman nomihodai(bape x na tmbh pun bole)
amik peluang le buat float bekali2x kan..

kiranya last kuar ngan jaja.
pasni jaja ke Himeji.
di doakan jaja tabah menghadapi cabaran di rantauan.

mkn mlm dgn Hanis AAJ di Rung Ruen.
restoran thai halal di Shin Okubo.

tgh mlm memenuhi jemputan ke rmh sazu.
thanks sazu,
krn masakkan mknn ms sdg sibuk mengemas.
dan juga utk segalanya.


Thursday 19 March 2009

Graduation Day

16 Mac 2009

Klik gmbr utk besarkn

Tarikh keramat yg akn sentiasa terpahat dlm ingatan.
Hari graduation day(sotsugyo shiki) yg meninggalkan banyak kenangan manis.
Tuah ayam nmpk di kaki..tuah manusia sape yg tau kan..
Tak sangka betul Otsuka Sensei dan Harue Sensei berbesar hati ingin menaja pakaian utk sotsugyo shiki.

Pakaian yg dipakai utk sotsugyo shiki dipanggil hakama. Ada jg yg memakai kimono pd hr tersebut. Kebanyakan pelajar akn menyewa hakama dgn kadar 25ribu ke 45ribu. Lebih kurang RM800 ke RM 1600 utk sehari. Pd ms ni bolelah tgk masing2 tampil dgn anggun dan bergaya.

Rambut dan makeup serta pakaian akn dipakai di tmpt persolekan. Bayaran dikenakan dlm 4500yen.(Rm215) Ikut makeup dan style rambut jg. Saya...make up sendiri sbb kekangan masa. Pg sy ke rmh sensei utk dipakaikan hakama. Tak reti nak pakai sendiri. Bnyk sgt step. Selepas tu bergegas pula ke U.


Awalnya hati berbelah bagi jg antara pakaian kebangsaan dan hakama. Ada kwn2 nak tgk sy pakai pakaian kebangsaan..hati pula berkata2 ok jg kalau pakai hakama. Akhirnya sy memilih hakama sbb memikirkan sensei beria2 menawarkan. Tak sampai hati nak menolak...

Saya ditaja sepenuhnya kecuali tudung je la. hehe.. tudung yg sebenarnya nyaris2 hndk dibuang sbb dah sedikit buruk. Nmpknya tdg itu akn disimpan sebagai koleksi sejarah hidup. so moralnya..yg buruk ttp ada gunanya..


Boleh dikatakan sotsgyo shiki di Jpn tak meriah lngsung. Jauh beza dgn Msia. Suasana di U seperti hari biasa, cuma nmpk meriah sbb dipenuhi dgn pakaian yg bewarna warni dan gelak ketawa.

Tiada gerai yg menjual bunga. Tak semua ibubapa pelajar dtg. Tiada acara memakai jubah dan topi khas. Tiada mjls naik ke pentas utk menerima sijil. Malah ada pelajar yg x dtg utk mjls konvo sendiri sbb tak rasa ia penting.


Semua pelajar masuk ke dewan besar utk ucapan perasmian. Setiap kali ada ucapan semua yg berada dlm dewan kena bgn dan beri tunduk hormat. Selepas tu ddk. Lenguh belakang rasanya bgn, tunduk & ddk...kekeke.. Hanya nama yg pertama sahaja akan menerima sijil bg mewakili pengajian masing2.

Masa yg diambil cumalah 1 jam shj. Slps tu lagu rasmi U dinyanyikan olh pasukan koir dan seterusnya mjls berakhir.

Berakhir di dewan bersambung pula acara bersama pengajian sendiri utk sesi menerima sijil . Itupun hanya dari sensei sendiri. Masa ni pergi ke kelas utk berkumpul bg acara tersebut.
Mjls bersurai dan disusuli pula jamuan ringkas di syokudo(kantin).

Sbnrnya jamuan rasmi tlh dibuat di hotel pd hari lain. Sy tak pergi sbb rkn zemi tak ramai yg pergi. Kos utk setengah hari jamuan di hotel sebanyak 11ribu(RM410). Bg yg tak hadir kena bayar 55ooyen(RM215).
Sana sini duit je..dgr ribu2 mesti takutkan...kekeke..

Selepas mjls di syokudo, berkumpul dgn zemi sendiri pula utk kali terakhir. Sabishi sgt masa ni.
Sesi ucapan terima kasih dan memberi hadiah terakhir utk sensei.

Sungguh tak sangka sensei memberi saya hadiah 3 buah buku utk bekalan di sekolah nanti.
Tak dapat menahan rasa sebak, sy org pertama rebeh.
Entah bila sy akn bertemu kembali dgn sensei & kwn2 yg bnyk membantu.
Susah senang, suka duka, masam manis belajar diperantauan bnyk mengajar saya erti kehidupan.
Terima kasih kpd jpa, keluarga, sensei, teman dan sahabat ats segalanya.


Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker