Wednesday, 25 March 2009

Sayonara nippon..


balik x ni sgt bertuah sbb dpt golden club class. Sume kwn dah balik sblm ni.  Tinggal sy dan bad saja yg pulang pd hr ni. 
kebetulan org tak ramai naik..layanan tip top tu...
pergi dulu pun dpt seat business class gak
kiranya lucky la pergi & balik
thanks pd jpa & rakyat msia


A) sayonara nippon..
B) 1,2,3...terbanggg
C) ruang udara jepun

saat tinggalkan bumi jepun sgt susah nak digmbrkn dgn kata2
dulu tinggalkan & kembali semula
kali ni tinggalkan utk
kembali ke M'sia membalas jasa rakyat
berkhidmat pd neg terchenta..
thanks pd masako & lan yg hntr ke Narita


A) seat dlm golden club class
B) button yg ada pd seat
C) hadiah dr MAS
D) sesi rehatkn diri


mknn yg dibagi..aduhai..paksa diri utk mkn gak.. kejap2 mkn smpi rs penat nk mkn. Yg mkn bnyk tentulah badrul. Hehe..
sy tak lepaskan peluang tmbh satay..free kan..hehe
flight jam 1030pg dr narita & tiba di M'sia jam 530ptg.

botol kemek akibat tarikan graviti semasa kapal terbang nak landing.


sy dijmpt oleh wani
mlmnya ada pejumpaan x rasmi ngan kwn2 bekas smka shams
ada yg 14 thn x penah jumpa
tak sangka la depa sanggup aturkan pertemuan yg berlngsung hingga 2 pg
thanks kwn2..sy sgt hargainya




*klik gmbr utk besarkn

Tuesday, 24 March 2009

Sakura

mlm sblm plg ke msia sy dgn masako ke Ueno Koen.
sakura telah berkembang dan ada pokok yg tlh berdaun!

wahh..sgt mengejutkan..cpt btul
w/pun gitu msh ada lgi pokok sakura yg blum berkembang sepenuhnya.
lg mengejutkan da ada org2 yg berhanami di bwh pokok..


sy memetik bunga sakura utk dibw pulang ke msia.
ats permintaan adik & kwn kerana nak lihat dari dekat.
ikutkan org jepun marah kalau memetik bunga sakura ni..

semasa petik, masakochan berkali2 memohon maaf pd pokok.
sy pun cakap benda yg sama jg la..
kalau ikut islam pokok kan sentiasa berzikir pd Allah.
kiranya sy da mengganggu xtvt pokok jg..


klik gmbr

A) putik sakura
B) sakura waktu mlm
C) sakura dr dekat



Sunday, 22 March 2009

Adam & ikan

anak sape ni...grgnye muke dia..tapi still cute..
ada rupe jepun tak...

Ni la Adam Iskandar...ank bujang che pa & en ed
Yg sgt sukakan pistol dan game..
Yg adakalanya lucu & petah berbicara..
tapi sgt pemalu bila jumpa org baru..
pe kabar ikn adam skrg ye..


*adam dlm pelbagai aksi


hari2 terakhir sblm balik, sy ddk di rmh che pa & en redha.
terima kasih ats budi baik & layanan.
selamanya akn dikenang.


Saturday, 21 March 2009

My house

klik le gmbr tu..

home..rumah..atau iek..
umah sy di nihon.
rega sewanya 45ribu(RM1650) sbln.

sewa umah kat jepun ni..
bebeza ikut tmpt & keluasan.
biarpun sempit anggap je la luas..hehe.

"luaskan" umah sy...
krn keluasan ni la kwn2 dtg bertndg..
makan2 & bergelak ketawa

pastu terima la surat 'chenta' dr tn rmh
sbbnya asyik bising..
dok umah kat jopun ni tak leh nak bising2
nanti sebelah menyebelah, depn belakang marah..
tak pasal2 polis plak dtg bg amaran suruh sonyap..

4 tahun suka duka di rmh ni.
2 min ke eki
3 min ke U

kini tiba waktu utk tinggalkannya...

terima kasih pd yg menolong
semasa sesi kemas brg utk kontena & rmh

sayonara..watashino iek..purinsesu kuroda..
sayonara bunkyo daigaku...
sayonara kita koshigaya...


Friday, 20 March 2009

Bersukaria

19/3
singgah sebentar di kedai onigiri kat nishi koyama
sedap gile onogirinya..fresh lagi..
dek krn kelaparan kami mkn kat tepi jln je..hehe..

habis urusan di student house kami be2 ke shibuya.
last choice, ke big echo
selesa btul suasana dlmnya
enjoy dlm 2 jam
minuman nomihodai(bape x na tmbh pun bole)
amik peluang le buat float bekali2x kan..

kiranya last kuar ngan jaja.
pasni jaja ke Himeji.
di doakan jaja tabah menghadapi cabaran di rantauan.

mkn mlm dgn Hanis AAJ di Rung Ruen.
restoran thai halal di Shin Okubo.

tgh mlm memenuhi jemputan ke rmh sazu.
thanks sazu,
krn masakkan mknn ms sdg sibuk mengemas.
dan juga utk segalanya.


Thursday, 19 March 2009

Graduation Day

16 Mac 2009

Klik gmbr utk besarkn

Tarikh keramat yg akn sentiasa terpahat dlm ingatan.
Hari graduation day(sotsugyo shiki) yg meninggalkan banyak kenangan manis.
Tuah ayam nmpk di kaki..tuah manusia sape yg tau kan..
Tak sangka betul Otsuka Sensei dan Harue Sensei berbesar hati ingin menaja pakaian utk sotsugyo shiki.

Pakaian yg dipakai utk sotsugyo shiki dipanggil hakama. Ada jg yg memakai kimono pd hr tersebut. Kebanyakan pelajar akn menyewa hakama dgn kadar 25ribu ke 45ribu. Lebih kurang RM800 ke RM 1600 utk sehari. Pd ms ni bolelah tgk masing2 tampil dgn anggun dan bergaya.

Rambut dan makeup serta pakaian akn dipakai di tmpt persolekan. Bayaran dikenakan dlm 4500yen.(Rm215) Ikut makeup dan style rambut jg. Saya...make up sendiri sbb kekangan masa. Pg sy ke rmh sensei utk dipakaikan hakama. Tak reti nak pakai sendiri. Bnyk sgt step. Selepas tu bergegas pula ke U.


Awalnya hati berbelah bagi jg antara pakaian kebangsaan dan hakama. Ada kwn2 nak tgk sy pakai pakaian kebangsaan..hati pula berkata2 ok jg kalau pakai hakama. Akhirnya sy memilih hakama sbb memikirkan sensei beria2 menawarkan. Tak sampai hati nak menolak...

Saya ditaja sepenuhnya kecuali tudung je la. hehe.. tudung yg sebenarnya nyaris2 hndk dibuang sbb dah sedikit buruk. Nmpknya tdg itu akn disimpan sebagai koleksi sejarah hidup. so moralnya..yg buruk ttp ada gunanya..


Boleh dikatakan sotsgyo shiki di Jpn tak meriah lngsung. Jauh beza dgn Msia. Suasana di U seperti hari biasa, cuma nmpk meriah sbb dipenuhi dgn pakaian yg bewarna warni dan gelak ketawa.

Tiada gerai yg menjual bunga. Tak semua ibubapa pelajar dtg. Tiada acara memakai jubah dan topi khas. Tiada mjls naik ke pentas utk menerima sijil. Malah ada pelajar yg x dtg utk mjls konvo sendiri sbb tak rasa ia penting.


Semua pelajar masuk ke dewan besar utk ucapan perasmian. Setiap kali ada ucapan semua yg berada dlm dewan kena bgn dan beri tunduk hormat. Selepas tu ddk. Lenguh belakang rasanya bgn, tunduk & ddk...kekeke.. Hanya nama yg pertama sahaja akan menerima sijil bg mewakili pengajian masing2.

Masa yg diambil cumalah 1 jam shj. Slps tu lagu rasmi U dinyanyikan olh pasukan koir dan seterusnya mjls berakhir.

Berakhir di dewan bersambung pula acara bersama pengajian sendiri utk sesi menerima sijil . Itupun hanya dari sensei sendiri. Masa ni pergi ke kelas utk berkumpul bg acara tersebut.
Mjls bersurai dan disusuli pula jamuan ringkas di syokudo(kantin).

Sbnrnya jamuan rasmi tlh dibuat di hotel pd hari lain. Sy tak pergi sbb rkn zemi tak ramai yg pergi. Kos utk setengah hari jamuan di hotel sebanyak 11ribu(RM410). Bg yg tak hadir kena bayar 55ooyen(RM215).
Sana sini duit je..dgr ribu2 mesti takutkan...kekeke..

Selepas mjls di syokudo, berkumpul dgn zemi sendiri pula utk kali terakhir. Sabishi sgt masa ni.
Sesi ucapan terima kasih dan memberi hadiah terakhir utk sensei.

Sungguh tak sangka sensei memberi saya hadiah 3 buah buku utk bekalan di sekolah nanti.
Tak dapat menahan rasa sebak, sy org pertama rebeh.
Entah bila sy akn bertemu kembali dgn sensei & kwn2 yg bnyk membantu.
Susah senang, suka duka, masam manis belajar diperantauan bnyk mengajar saya erti kehidupan.
Terima kasih kpd jpa, keluarga, sensei, teman dan sahabat ats segalanya.


Tuesday, 17 March 2009

White Day

Klik gmbr utk besarkn

Minggu lepas masa sdg berjalan2 sy smpt merakamkn beberapa keping gmbr yg menunjukkan suasana white day di Jepun.
Walaupun tidaklah semeriah Valentine Day, ttp ia tetap mendapat sambutan dari pelbagai lapisan umur.

Jika pd hr valentine di Jepun pembelinya lebih kepada wanita, utk white day pula pembelinya adalah dr pihak lelaki.
Yang menariknya menjelang mlm pd hr white day, semuanya habis terjual.

Setiap tahun pada 14/3 rakyat Jepun akn mnyambut White Day. Fungsinya lebih kurang sama dgn Valentine Day, cuma pd kali ni pihak lelaki pula akn memberi coklat, bunga, sapu tgn atau brg perhiasan kepada wanita sebagai balasan ats pemberian Valentine Day yg lepas.

White day atau 'Howaito De' bermula di Jepun sejak tahun 1978 dan menjadi ikutan negara lain seperti Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan.
Pasaraya/pusat beli belah tak ketinggalan mempromosikan brgn mereka sempena white day. Brgn dibungkus dan dihias cntk menyebabkan yg melihatnya tertarik utk membeli.

Nak tahu lebih lanjut ttg white day pi baca kat sini

Friday, 13 March 2009

Tisu

*Klik gmbr utk besarkn.

Tisu dan wanita ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan. Dengan lelaki pula camne ye?

Berjalan di Jepun dan menerima tisu percuma dijalanan adalah perkara biasa. Pemberi tisu ni akn berdiri di tempat lalu lalang yg sibuk sambil memegang beg kertas dan menghulurkan tisu pd mereka yg lalu.
Nak tahu kenapa ia diberi percuma?

Tisu yg diberi akan disertakan iklan sebagai satu promosi utk memperkenalkan perniagaan, syarikat atau produk baru kepada masyarakat. Cuba perhatikan gambar tisu yg saya letak di ats.

Seronok dapat tisu free ni, jimat duit. Selama 5 tahun di sini terlalu banyak yg diterima sehinggakan dibuat sebagai cenderahati. Beza sekali dengan suasana di Msia. Kalau memerlukan tisu, beli sahaja di kaunter tandas. Mesti pernah belikan....hehe...

Iklan yg dipaparkan pada tisu tu ada yg baik dan ada juga sebaliknya .Sebagai contoh lihat di bawah.

Tisu yg mengiklankan kerja sebagai pelayan bar dikaunter.
Petugas khas utk iklan sebegini adalah lelaki. Mereka cuma akan hulurkan pada perempuan bergaya dan comel sahaja dan selalunya perempuan Jepun akan mengelak utk menerima tisu yg ada iklan begini.

Ada juga syarikat yg bermurah hati memberi tisu jenis kotak. Cuba perhatikan iklan dikotak tersebut. Cth dibawah adalah iklan apartment.



Seronok dapat tisu free ni. Kadangkala sanggup lalu 2 @ 3 kali utk dapatkannya bila lihat tisu yg diberikan menarik. Lebih2 lagi kalau tisu tu kertasnya berwarna hitam.
Dah diberi percuma sape taknakkan...

Wednesday, 11 March 2009

Kawan Jepun

dag dig dug..berdebar2 hati nak ke sekolah..keputusan sama ada nama tersenarai sebagai calon lulus atau gagal akn dipaparkan utk tatapan umum.

Alhamdulillah...ilanglah resah gelisah diganti ngan senyum lebar..mcm x caya pula..sy berjaya menamatkan pelajaran di sini..
gembira sbb da habis belajar
sedih sbb akn tingglkan tmpt ni.
sekejap sungguh masa berlalu..

Mengimbas kembali masa yg lepas, waktu mula2 hari orientasi di U. x de sape(org Msia) pun boleh dirujuk. dah la tak de sempai(senior) rakyat Msia di U ni..kebetulan sempai cuti sakit selama setahun. i'm the one & only rakyat Msia pd masa tu. mcm2 perasaan ada..

Kuatkan hati dan semangat je. Tuhan aje yg tahu hati tu camnekan.
Awal2 tu gi la maniskan mulut tegur kawan baru..biasala ada yg bg respon baik & ada jg yg ala lari2kan diri gitu..(⌒∀⌒)..mestilah takutkan..org asing dr planet mana plak bg aisatsu(tegur) dgn selambanya..Rata2 pelajar tahun pertama kos japanese literature pd masa tu, kebanyakannya org jepun sahaja. Pel. cina dan korea ada la dlm 3 org.

Nasib baiklah ada 2 mamat jepun ni nak tolong. Gotokun dan Shoujikun lah yg bnyk bg informasi. Sampai akhir hayat tak akn lupa punya..Arigato! Last orientasi kena berkumpul dlm kelas..iskk..isk..sungguh x sangka kami sekelas dan yg ala2 larikan diri tu pun sekelas jugak..keke..

Ada sesi kenalkan diri dlm B.Jepun. Sensei bg nasihat supaya bekerjasama serta ingtkan kwn2 agar bantu gaijin(org asing) sorang ni. Kesian dia keseorangan je..sape lagikan ..saya lah orgnya tu..(⌒∀⌒)..Sekiguchi sensei yg sgt baik dan memahami.

Berbalik pd kwn saya yg ala2 larikan diri tu kan..kami akhirnya bertegur sapa dan berbual. Dia minta maaf sbb tak tlg masa orientasi. Katanya, x sangka pula bole ckp Jepun ye, dia risau sy speaking london dgnnya, nanti dia x tahu nak jawab sbb x phm BI lngsng.
alahai..kwn saya ni, ingat saya ni teror benar ke...setakat hello, hi, i & u bolela..(^_^)
Itulah antara kenangan manis yg x dpt dilupakan.

Sebenarnya petua utk dapat kawan Jepun ni senang je.
Minggu pertama persekolahan tu cubalah dekatkan diri dgn pelajar Jepun.
Mereka tidak akan memulakan perkenalan atau tegur kita dahulu.
Kita kena berani utk memulakannya.

Duduk sebelah kwn yg dirasakan sesuai dan tanyakan kanjinya yomikata(bacaan tulisan kanji) atau benda2 lain utk berkenalan.(teknik je tu)

Insyaallah, ada diantara mereka yg akan menjadi teman nanti.
Jika bernasib baik akn menjadi kawan rapat (teman yg sanggup menangis dan ketawa bersama). Tak pun teman seumur idup.. tanpa disangka..(´∀`)

Tuesday, 10 March 2009

Speed test

test ur typing skills..how fast u can type..?

Jom try la...
Ada berani ke...hehehe...

Pada mereka yg rasa nak tahu kemahiran menaip sepantas mana dan tersenarai dalam calon yg pertama atau terakhir atau sebaliknya...apa kata cuba disini.

Menarik sbb boleh cuba dlm pelbagai bahasa..
Selain boleh tau berapa betul dan salah serta berapa jumlah perkataan yg mampu ditaip perminit.
Dah cuba?.. so camne..?

Result saya---->huhu...sadis sekali( ´・~・`川..

Sunday, 8 March 2009

Maulidur Rasul


Saturday, 7 March 2009

puding Oh puding


hohoho...mesti ada yg tegezut tgk gmbr di sebelah kot..
ataupun terbeliak mata...
ataupun ada yg tertanya2..
ataupun ada yg mgkin ingat saya nak promote benda x senonoh..

relax k..ni bukan nak promote brg lucah...ekeke....
sekadar nak berkongsi pengetahuan saje..

tu adalah makanan yg dipanggil puding atau pun nama komersialnya dlm B.Jpn "oppai purin".
tak bg tau makna oppai tu pun masing2 dah boleh agak apa maksudnyakan.

setiap tmpt sprti Tokyo, Nagoya, Osaka dll mempunyai keluaran oppai purin masing2.
argenya dlm RM14.30sen...ada ke sape2 berkenan nak beli tu..
saya tak pernah beli ye..sekadar ambil gmbr je..


oppss...jgn plak ingat semua puding di jepun ni bentuk begini.
ni hanya terdapat di tempat2 pelancongan saja k...
di pasaraya hanyalah puding2 biasa saja.

org jepun sgt menghargai seni sehingga ia menerapkannya dlm makanan..
sbb tu ada ungkapan yg mengatakan makanan jepun ini
di makan dengan mata bukan dengan mulut.

Friday, 6 March 2009

Kit Kat

Klik gmbr utk lihat dgn lebih jelas.

Anda penggemar coklat..?
Sanggup habiskan duit utk membeli pelbagai jenis coklat..?
Jika anda berada dlm kategori gilakan coklat, saya percaya anda tentu sanggup berbelanja lebih utk merasa semua jenis coklat Kit Kat(キットカット) yg jg disebut Kitto Katto dlm B.Jepun.

Terdapat pelbagai jenis perasa Kit Kat di Jepun. Uishh..pendek kata, mcm2 perasa yg tak terpikir dek akal boleh didapati di sini.
Boleh lihat dgn lebih jelas pd gmbr di atas.
Ada perasa buah2an spt pisang, tembikai, keledek dll.
Ada perasa puding karamel jg.
Dan tak ketinggalan perasa Ocha(teh). Harga Kit Kat biasa dan yg berperisa adalah berbeza.

Kit Kat di Jepun mengikut musim. Musim bunga akn ada perasa Sakura.
Begitu jg musim lain. Kit Kat yg dikeluarkan khas sempena Valentine pun ada.
Selain itu ia juga berbeza mengikut tempat. Seperti cth Kit Kat yg dikeluarkan di Hokkaido.


(perasa kentang & jagung bkr Hokkaido)

(perasa sakura dan ocha)

Oppsss...kalau nak tau..ada jg Kit Kat perasa Wine...


Ada jg Kit Kat yg dijual dlm vending machine utk memudahkan pembeli.
Sejarah Kit Kat di Jepun bermula pada tahun 1973 dgn permulaan harga 60yen(RM2.40).

Fanatiknya Jepun terhadap Kit Kat sehingga diwujudkan laman web ttgnya serta sejarah Kit Kat di Jepun dan negara lain jg. Hebatkan.......!

Boleh rujuk disini tapi dalam B.Jepun la yek..

Mungkin yg terlalu gilakan KK sanggup juga membeli ini--------->
Adakah anda juga termasuk dlm org2 yg obses sebegini....?


Wednesday, 4 March 2009

Kawan


Mlm td salji turun lagi..tak berapa lebat.
Cuaca pula mendung hari ni..Sejuknya terasa hingga ke tulang.
Semendung perasaan yg dirasa.

Hari ni saya ke Narita menghantar rkn2 yg pulang ke Msia.
Menghabiskan saat2 terakhir yg tak tahu bilanya akn bertemu lg.
Adat dalam kehidupan....
yg kembang akn layu,
yg wangi akn busuk jua,
yg bermula pasti akn berakhir,
yg bertemu pasti akan berpisah.

Ibarat sebuah crita mcm drama tv, saya seperti biasa cepat rebeh.
Kalau ke Narita, dah namanya menghantar pastila akan beremosi sket.
Apa pun, saya tetap menghargai persahabatan yg terjalin.
W/pun adakalnya hati marah + geram + sakit ati bersarang dihati.
Itu adalah perkara biasa yg dirasai.
Ianya akan kembali seperti biasa jika masing2 berfikir secara positif
dan saling menerima kelemahan antara 1 sama lain.

Oleh itu, hargailah kawan selagi hayat dikandung badan, tak kiralah sama ada masih disisi atau berada jauh dari pandangan mata.

Usahlah hanya dihargai bila hanya nmpk dimata...bila jauh dibuat2 lupa.

Bak kata pepatah...Dekat dimata dekat dihati....Jauh dr mata pun masih dekat dihati.

Bukannya jauh dari mata lantaklah ko apa nak jadi...

Terima kasih ats segalanya dari hati.

Tuesday, 3 March 2009

Hina Matsuri (Festival)



Hina Matsuri(The Japanese Doll Festival)disambut pd 3/3 setiap tahun.
Tujuannya adalah utk mendoakan kesejahteraan anak perempuan.
Setiap keluarga Jepun yg mempunyai ank perempuan akn memasang set boneka yg dipanggil
hinaningyo sebelum perayaan. Anak2 akan membantu org tua mengeluarkan boneka dr kotak simpanan dan memasangnya.

Perayaan ini hanya dirayakan oleh keluarga yg memiliki anak perempuan sahaja.
Sehari selepas perayaan, boneka ini harus disimpan segera kerana dipercayai telah menyerap roh jahat dan nasib sial.

Satu set boneka yg terdiri drpd raja, permaisuri, dayang, pemuzik istana yg menggambarkan perkahwinan tradisional di Jepun disusun secara bertingkat. Boneka tersebut dipakaikan kimono zaman Heian dan disusun berdasarkan tradisi turun menurun.

Hidangan khas adalah seperti hisimochi, hinaarare dan chirashizushi.

Buah epal yg ada cop hinamatsuri.
Harganya mencecah RM39.70 sebiji.



Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker