Wednesday 25 February 2009

Anjing


Pagi ni ke U, terpandang papan tanda ni.
Tertera tulisan 犬のフンは持ち帰ろう!(inu no fun wa mochi kaerou)= sila bw balik tahi anjing.

Menjadi kebiasaan org Jepun akan membawa anjing berjalan2 di tmn atau berjoging. Sambil berjalan mereka akan membawa penyodok dan plastik utk mengaut tahi anjing mereka andainya anjing tersebut terberak di tengah jalan.
Sama ada yg tua mahupun yg muda akn buat benda yg sama.

Ada juga makcik2 berumur yg akan bawa naik troli.
Ada pula yg akan bawa naik basikal dan diletakkan dlm raga.
Kadang2 bila naik train pun kita akn terserempak dgn anjing mahupun kucing dalamnya.


Anjing di sini kiut miut. Siap ada baju dan pin rambut. Itu yg jenis kecil dan comel le. Yg besar hanya dipakaikan baju shj.
Bulu bahagian kepala di warnakan ikut rambut tuannya pun ada. Pendek kata, mcm2 gayalah. Saya yg tak suka dgn anjing pun jadi leka melihatnya.
Setakat melihat saja, sentuh tak pernahla.

Kadangkala bila sedang berjalan, tak sedar ada anjing sdg berjln sambil menghidu2 di sebelah. Terlompat saya sekejap. Anjing dan tuannya pun sama terperanjat.
Mestilah tuannya pelik dgn cara saya, org lain bila tgk anjing jinak akan sibuk nak belai2 sambil sebut kawaiiii..kawaiii(comel).
Saya pula sebaliknya. Bukannya apa, dah kita diajar utk tidak menyentuhnya.

Anjing di sini jg baik2 belaka. Tak mcm anjing di Msia yg garang dan menakutkan.
Di sini susah nak cari anjing yg tak bertuan. Kebanyakannya sume ada tuan.
Tak akan jumpa anjing kurus kering merayau2 cari makan di lorong, di taman2, dicelah2sampah. Tak tahula kalau di tempat lain bahagian Jepun ni.

Bertuah hidup anjing di Jepun ni. Hidup gembira dan ditatang bagai minyak yg penuh.
Mendapat kasih sayang tak berbelah bagi. Sbb tu anjing di sini baik je kut..


3 comments:

@LiYaNNuaR ツ said...

sgt stuju... hanjeng Mesia ni mmg kuang ajo... nak jogging pon x senang hati, ok... mcm lah nk mcuri segala... pd hal mahu jogging ajo... susah gak nak ber aktiviti riadah... terutama dlm kwsn tmn perumahan... hanjeng Mesia nih... mmg kurang kaseh syg... itu sbb meroyan tak tentu hala... huhuhu... salam kenal yek...

peace!!

Jia Sensei said...

ekeke..gelak terbahak bila baca komen liyana ni..
elok gak buat kajian tu kan..apasal anjg msia meroyan lebih dr anjg kat jopun nih..ekeke


anyway..salam kenal jg..

mohd nor a.k.a saintis said...

anjing pun blh dilatih, inikan pula manusia. kena latih tuan anjing tu dulu kemudian baru latih anjing huhuhhu

Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker