Friday 27 February 2009

Salji





Tengah hari ke Shibuya.
Hari ni yuki(salji) turun, w/pun tak lebat tapi cukup buat saya gembira.
Ingatkan dah tak dapat tgk salji turun di Tokyo pd tahun terakhir ni.
Alhamdulillah ada juga rezeki.

Sementara menunggu Naim dan Uzair sampai ke Shibuya, saya sempat mengambil gambar lintasan zebra yg sibuk dr Starbucks.

Mungkin disebabkan salji + hujan + waktu pejabat,

org tak berapa ramai melintas. Nampak cantik pula bila masing2 memegang payung..


Akhirnya, yg ditunggu pun tiba, disbbkan cuaca sejuk sgt, kami ambil keputusan utk berjalan2 di Tokyu Foodshow. Sambil mencuci mata dan mencari omiyage yg boleh dibw pulang ke Msia.

Berpinar mata melihat makanan yg pelbagai dan dihias cantik.
Ikut hati semua nak beli...semua nak makan..tulah dia kalau ikutkan nafsukan..Ish2..
Antara kedai yg kami masuk adalah kedai ocha(teh).
Memandangkan sakura hampir tiba, ocha perasa sakura telah pun berada dipasaran.
Harga ocha termasuk bekas lebih kurang RM66.
Kami diberi ocha percuma utk rasa..strategi pemasaran yg cukup baik.
(muka gembira slps membeli ocha)

(ocha & bekasnya yg comel membuatkan naim & uzair jatuh cinta)

Sempat membeli okashi(kuih) sakuranbo(ceri).
Umpama jeli yg diletak buah ceri di dlmnya.
Oishikatta....

Terdapat okashi(kuih) strawberi juga. Memandangkan di Jepun skrg adalah musim strawberi.


Selepas tu, kami ke Tokyo Station dan seterusnya ke Akihabara sebelum pulang ke tempat masing2.
Sayonara..
Mata aimasyou...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker