Thursday 30 July 2009

隅田川花火大会 Fireworks on Sumidagawa ,Tokyo


Salam ceria dan bertemu kembali.
Kali ni nak bercerita tentang Hanabi @ fireworks di Jepun.

Jepun skrg telah pun memasuki musim panas. Musim yang paling ditunggu- tunggu oleh setiap orang. Bahang panasnya mengalahkan panas di Msia. Di musim ni juga kita dapat melihat fesyen yg berwarna warni dan ranggi.

Selain itu, aktiviti yang paling ditunggu2 adalah menyaksikan pertunjukan bunga api @ hanabi taikai. Ia merupakan aktiviti turun menurun masyarakat Jepun. Acara hanabi ini tidak terhad pada satu tempat sahaja. Boleh dikatakan di setiap daerah ada sambutannya tersendiri dan harinya pun berbeza.

HANA bermaksud bunga manakala BI pula datang dr sukukata BI yg bermaksud api. Digabungkan menjadi HANABI.

Kebanyakan anak muda yang datang akan memakai pakaian tradisional musim panas seperti yukata bg perempuan dan jinbei bg lelaki. Ribuan pengunjung yang datang menyaksikannya.
Masing2 akan datang lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk yg selesa.
Pertunjukan ini akan memakan masa selama 1 jam 1/2 tanpa henti. Bunga api yang dilepaskan di udara dapat dilihat dari jauh serta mempunyai corak yang berbeza.

Nak lihat dengan lebih jelas suasana hanabi di Jepun...apa kata jom tgk video di bawah ni..


Sebelum dah sesudah suasana hanabi di Tokyo



2 comments:

グリー said...

今年のクリスマスも後少しですね。グリー内でもクリスマスに備えて異性と交流を持つコミュニティが活発で、自分も今年のクリスマスにお陰で間に合いました!!みなさんもイブを一人で過ごさなくても良いように、グリーで異性をGETしよう

デコログ said...

退屈な毎日から抜け出せるチャンスがここに!いろんな異性がいてるから確実に出会えること間違いない!中には芸能人も登録してるって噂だよ

Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker