Wednesday, 25 March 2009

Sayonara nippon..


balik x ni sgt bertuah sbb dpt golden club class. Sume kwn dah balik sblm ni.  Tinggal sy dan bad saja yg pulang pd hr ni. 
kebetulan org tak ramai naik..layanan tip top tu...
pergi dulu pun dpt seat business class gak
kiranya lucky la pergi & balik
thanks pd jpa & rakyat msia


A) sayonara nippon..
B) 1,2,3...terbanggg
C) ruang udara jepun

saat tinggalkan bumi jepun sgt susah nak digmbrkn dgn kata2
dulu tinggalkan & kembali semula
kali ni tinggalkan utk
kembali ke M'sia membalas jasa rakyat
berkhidmat pd neg terchenta..
thanks pd masako & lan yg hntr ke Narita


A) seat dlm golden club class
B) button yg ada pd seat
C) hadiah dr MAS
D) sesi rehatkn diri


mknn yg dibagi..aduhai..paksa diri utk mkn gak.. kejap2 mkn smpi rs penat nk mkn. Yg mkn bnyk tentulah badrul. Hehe..
sy tak lepaskan peluang tmbh satay..free kan..hehe
flight jam 1030pg dr narita & tiba di M'sia jam 530ptg.

botol kemek akibat tarikan graviti semasa kapal terbang nak landing.


sy dijmpt oleh wani
mlmnya ada pejumpaan x rasmi ngan kwn2 bekas smka shams
ada yg 14 thn x penah jumpa
tak sangka la depa sanggup aturkan pertemuan yg berlngsung hingga 2 pg
thanks kwn2..sy sgt hargainya




*klik gmbr utk besarkn

Tuesday, 24 March 2009

Sakura

mlm sblm plg ke msia sy dgn masako ke Ueno Koen.
sakura telah berkembang dan ada pokok yg tlh berdaun!

wahh..sgt mengejutkan..cpt btul
w/pun gitu msh ada lgi pokok sakura yg blum berkembang sepenuhnya.
lg mengejutkan da ada org2 yg berhanami di bwh pokok..


sy memetik bunga sakura utk dibw pulang ke msia.
ats permintaan adik & kwn kerana nak lihat dari dekat.
ikutkan org jepun marah kalau memetik bunga sakura ni..

semasa petik, masakochan berkali2 memohon maaf pd pokok.
sy pun cakap benda yg sama jg la..
kalau ikut islam pokok kan sentiasa berzikir pd Allah.
kiranya sy da mengganggu xtvt pokok jg..


klik gmbr

A) putik sakura
B) sakura waktu mlm
C) sakura dr dekat



Sunday, 22 March 2009

Adam & ikan

anak sape ni...grgnye muke dia..tapi still cute..
ada rupe jepun tak...

Ni la Adam Iskandar...ank bujang che pa & en ed
Yg sgt sukakan pistol dan game..
Yg adakalanya lucu & petah berbicara..
tapi sgt pemalu bila jumpa org baru..
pe kabar ikn adam skrg ye..


*adam dlm pelbagai aksi


hari2 terakhir sblm balik, sy ddk di rmh che pa & en redha.
terima kasih ats budi baik & layanan.
selamanya akn dikenang.


Saturday, 21 March 2009

My house

klik le gmbr tu..

home..rumah..atau iek..
umah sy di nihon.
rega sewanya 45ribu(RM1650) sbln.

sewa umah kat jepun ni..
bebeza ikut tmpt & keluasan.
biarpun sempit anggap je la luas..hehe.

"luaskan" umah sy...
krn keluasan ni la kwn2 dtg bertndg..
makan2 & bergelak ketawa

pastu terima la surat 'chenta' dr tn rmh
sbbnya asyik bising..
dok umah kat jopun ni tak leh nak bising2
nanti sebelah menyebelah, depn belakang marah..
tak pasal2 polis plak dtg bg amaran suruh sonyap..

4 tahun suka duka di rmh ni.
2 min ke eki
3 min ke U

kini tiba waktu utk tinggalkannya...

terima kasih pd yg menolong
semasa sesi kemas brg utk kontena & rmh

sayonara..watashino iek..purinsesu kuroda..
sayonara bunkyo daigaku...
sayonara kita koshigaya...


Friday, 20 March 2009

Bersukaria

19/3
singgah sebentar di kedai onigiri kat nishi koyama
sedap gile onogirinya..fresh lagi..
dek krn kelaparan kami mkn kat tepi jln je..hehe..

habis urusan di student house kami be2 ke shibuya.
last choice, ke big echo
selesa btul suasana dlmnya
enjoy dlm 2 jam
minuman nomihodai(bape x na tmbh pun bole)
amik peluang le buat float bekali2x kan..

kiranya last kuar ngan jaja.
pasni jaja ke Himeji.
di doakan jaja tabah menghadapi cabaran di rantauan.

mkn mlm dgn Hanis AAJ di Rung Ruen.
restoran thai halal di Shin Okubo.

tgh mlm memenuhi jemputan ke rmh sazu.
thanks sazu,
krn masakkan mknn ms sdg sibuk mengemas.
dan juga utk segalanya.


Thursday, 19 March 2009

Graduation Day

16 Mac 2009

Klik gmbr utk besarkn

Tarikh keramat yg akn sentiasa terpahat dlm ingatan.
Hari graduation day(sotsugyo shiki) yg meninggalkan banyak kenangan manis.
Tuah ayam nmpk di kaki..tuah manusia sape yg tau kan..
Tak sangka betul Otsuka Sensei dan Harue Sensei berbesar hati ingin menaja pakaian utk sotsugyo shiki.

Pakaian yg dipakai utk sotsugyo shiki dipanggil hakama. Ada jg yg memakai kimono pd hr tersebut. Kebanyakan pelajar akn menyewa hakama dgn kadar 25ribu ke 45ribu. Lebih kurang RM800 ke RM 1600 utk sehari. Pd ms ni bolelah tgk masing2 tampil dgn anggun dan bergaya.

Rambut dan makeup serta pakaian akn dipakai di tmpt persolekan. Bayaran dikenakan dlm 4500yen.(Rm215) Ikut makeup dan style rambut jg. Saya...make up sendiri sbb kekangan masa. Pg sy ke rmh sensei utk dipakaikan hakama. Tak reti nak pakai sendiri. Bnyk sgt step. Selepas tu bergegas pula ke U.


Awalnya hati berbelah bagi jg antara pakaian kebangsaan dan hakama. Ada kwn2 nak tgk sy pakai pakaian kebangsaan..hati pula berkata2 ok jg kalau pakai hakama. Akhirnya sy memilih hakama sbb memikirkan sensei beria2 menawarkan. Tak sampai hati nak menolak...

Saya ditaja sepenuhnya kecuali tudung je la. hehe.. tudung yg sebenarnya nyaris2 hndk dibuang sbb dah sedikit buruk. Nmpknya tdg itu akn disimpan sebagai koleksi sejarah hidup. so moralnya..yg buruk ttp ada gunanya..


Boleh dikatakan sotsgyo shiki di Jpn tak meriah lngsung. Jauh beza dgn Msia. Suasana di U seperti hari biasa, cuma nmpk meriah sbb dipenuhi dgn pakaian yg bewarna warni dan gelak ketawa.

Tiada gerai yg menjual bunga. Tak semua ibubapa pelajar dtg. Tiada acara memakai jubah dan topi khas. Tiada mjls naik ke pentas utk menerima sijil. Malah ada pelajar yg x dtg utk mjls konvo sendiri sbb tak rasa ia penting.


Semua pelajar masuk ke dewan besar utk ucapan perasmian. Setiap kali ada ucapan semua yg berada dlm dewan kena bgn dan beri tunduk hormat. Selepas tu ddk. Lenguh belakang rasanya bgn, tunduk & ddk...kekeke.. Hanya nama yg pertama sahaja akan menerima sijil bg mewakili pengajian masing2.

Masa yg diambil cumalah 1 jam shj. Slps tu lagu rasmi U dinyanyikan olh pasukan koir dan seterusnya mjls berakhir.

Berakhir di dewan bersambung pula acara bersama pengajian sendiri utk sesi menerima sijil . Itupun hanya dari sensei sendiri. Masa ni pergi ke kelas utk berkumpul bg acara tersebut.
Mjls bersurai dan disusuli pula jamuan ringkas di syokudo(kantin).

Sbnrnya jamuan rasmi tlh dibuat di hotel pd hari lain. Sy tak pergi sbb rkn zemi tak ramai yg pergi. Kos utk setengah hari jamuan di hotel sebanyak 11ribu(RM410). Bg yg tak hadir kena bayar 55ooyen(RM215).
Sana sini duit je..dgr ribu2 mesti takutkan...kekeke..

Selepas mjls di syokudo, berkumpul dgn zemi sendiri pula utk kali terakhir. Sabishi sgt masa ni.
Sesi ucapan terima kasih dan memberi hadiah terakhir utk sensei.

Sungguh tak sangka sensei memberi saya hadiah 3 buah buku utk bekalan di sekolah nanti.
Tak dapat menahan rasa sebak, sy org pertama rebeh.
Entah bila sy akn bertemu kembali dgn sensei & kwn2 yg bnyk membantu.
Susah senang, suka duka, masam manis belajar diperantauan bnyk mengajar saya erti kehidupan.
Terima kasih kpd jpa, keluarga, sensei, teman dan sahabat ats segalanya.


Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker