Saturday 13 December 2008

Undangan



Dapat jemputan makan lagi. Kali ni di rumah pegawai kedutaan. Kata pepatah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Amalan mengundang dan memenuhi undangan itu sendiri merupakan sunnah Rasulullah saw. Baginda sendiri menggalakkan para sahabat mengamalkannya sebagai mengeratkan ikatan persaudaraan.


Adab-adab mengundang:
~x bezakan tetamu miskin/kaya
~niat krn Allah Taala
~hendaklah jgn mengundang org yg sukar menerima undangan
~tidak mengundang org yg akn merosakkan mjls
~segerakan menikmati hidangan jika jmptn tlh ramai
~mknn tidak perlu sampai membazir/terkurang
~x boleh mengemas apabila jmptn belum selesai mkn
~mengizinkn jmptn membawa blk lebihan mknn


Adab-adab menerima undangan
~x bezakan undangan dr org kaya/miskin
~tdk menolak sesuatu undangan hanya dsbbkan alasan jauh
~tdk menolak krn alasan puasa.
~jika puasa sunat dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala kerana menyenangkan tuan rmh. ttp jika puasa qada tidak boleh berbuka.
~menolak undangan jika hidangan dr sumber yg haram, ada hiburan yg diharamkan olh syarak &
undangan itu dtg dr org zalim/suka bermegah diri
~tdk menerima undangan semata2 memuaskan kehendak perut



Adab dlm mjls
~ddk ditmpt yg disediakan
~memberi salam/bertanya kabar dgn org yg ddk berhampiran dgnnya
~jgn ddk terlalu lama sehingga mjls selesai
~jgn pula bersegera hndk plg sehingga tuan rmh tergesa2 hidangkan jamuan
~mkn secara besederhana
~tdk menyebut /melakukan perbuatan yg menyebbkan org hilang selera mkn
~mendahulukan org yg lbh utama/org tua-tua
~mengambil mknn ikut giliran/tdk terlalu lama


Begitulah sebahagian adab yg diajarkan oleh agama Islam. Cantik dan indahkan. Mencakupi segala aspek kehidupan. Adakalanya disbbkan oleh kesibukan/gaya kehidupan yg berubah kita mgkn terlupa adab tersebut dan tdk mengambil berat ats jemputan yang diterima. Apa kata selepas ini kita sama-sama memperbaiki ke arah yang lebih baik.
Terima kasih buat En. Redhauddin sekeluarga.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker