Friday, 2 January 2009

Tahun Baru di Jepun

Pada tahun ni saya tak ke mana-mana. Rasa tiada mood untuk berjalan dan mencari fukubukuro. Sekadar berehat-rehat di rumah sahaja.
Kali ni saya nak bercerita tentang cara orang jepun menyambut tahun baru. Tahun baru ni kiranya hari raya bagi mereka.

Sambutan tahun baru di Jepun berlangsung selama 3 hari. Pada malam tahun baru mereka akan berkumpul bersama keluarga menikmati soba khas. Dipecayai khasiat soba tersebut adalah untuk memanjangkan umur. Keesokannya pula mereka akan memakan hidangan tetap yang dipanggi Osechi. Sama ada dibeli atau dimasak sendiri. Seterusnya mereka akan ke kuil untuk berdoa.
Orang Jepun juga mempunyai tradisi memberi angpau pada anak-anak. Ia dipanggil Otoshidama. Sejumlah wang kertas yang masih baru akan dimasukkan dalam angpau comel tersebut.
Yang menariknya tentang tahun baru di Jepun ialah kiriman kad berbentuk poskad yang dipanggil nengajyo. Penerimaan kad tersebut akan berlangsung dalam pertengahan bulan Disember hingga akhir tahun. Penerimanya akan menerima pada tanggal 1 Januari.
Pada tahun baru ini juga rakyat Jepun dan tak terkecuali orang-orang luar akan menanti dan mencari fukubukuro(lucky bag) yang menarik. Murah dan berbaloi. Mereka sanggup beratur panjang bagi mendapatkan barang yang dihajati. Sape tak nakkan..lagi-lagi barang yang berjenama. Ada pelbagai jenis dan rupa. Yang penting sediakan duitnya je..
(cth nengajyo)




(cth fukuburo)



No comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker