*Klik pada gambar utk lihat dgn lebih jelas.
Kali ni nak bercerita pasal bento(a packed box for lunch).
Comelkan bento di atas tu. Rasa sayang nak makan. Hehe..
Ni la rupa bentuk bento yang dibawa oleh anak-anak Jepun ke sekolah. Bukan setakat sekolah rendah sahaja ye. Yang di U pun ada juga tapi takla hiasannya sehebat yang di atas. Nampak berwarna warni dan menarikkan walaupun hanya sekadar nasi dan sayur2an dan buah2an shj. Tiada sambal atau lauk pauk pelbagai ye.
Ibu-ibu di Jepun penuh dgn idea dan kreatif. Mereka akan menghias secantik yang mungkin supaya anak-anak merasa bangga bila dibandingkan dengan bento anak-anak yang lain. Ada peralatan khas untuk membuat bentuk2 yang menarik. Tapi, tak semestinya guna peralatan khas, jika ada alat2 utk buat biskut raya pun boleh digunakan. Terpulang pd daya imaginasi sendiri.
Lepas ni bolehlah ibu-ibu di Malaysia meniru idea ni. Mana tau anak-anak yang tak suka nak makan tu, bila tgk bento yang cntik dan menarik terus minat nak makan.
No comments:
Post a Comment