Suhu hari ni 23.
Seronoknya. Tak perlu pakai jaket tebal.
Keluar menjamu mata ke Shibuya.
Ramainya manusia di tempat temu janji Hachiko.
Dari yg tua hingga yg muda.
Berbagai ragam dan gaya. Memandangkan hari ni cuti, ramai yg ambil kesempatan keluar & meraikan hari kekasih agaknya.
Valentines dlm B.Jepun disebut sebagai Barentain.
Jenama coklat yg dijual
Apalah istimewanya "Barentain" di Jepun ni..('∀')
Kalau nak tau..kat Jepun ni, kaum wanita adalah org yg plg sibuk membeli coklat utk dihadiahkan kepada buah hati dan juga kenalan lelaki. Untuk kenalan hanya harga yg biasa2 saja. Atau pun mereka akan berusaha utk membuat coklat sendiri utk diberikan pd yg tersayang.
Lelaki yang popular pula akan menerima berkotak2 coklat dr peminat wanitanya.
Kanak2 di sekolah pula diminta untuk membuat kad hari valentine bg dihadiahkan kepada rakan2.
Gitulah sedikit sebanyak yg boleh diceritakan ttg sambutannya di sini.
Bak kata pepatah lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Haa...kena ingat tu.
Sejarah Valentines
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.
Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
Pada zaman pertengahan, masyarakat Eng land dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'
Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara .
Selain itu ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
No comments:
Post a Comment