Tuesday, 9 December 2008

Aidiladha terakhir di bumi sakura

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
Raya haji tiba lagi. Kiranya taun terakhir beraya di Jepun nih..
Genap sudah 5 tahun beraya di bumi sakura. Rindunya nak beraya di Msia membuak2 di dada ni.
Pg raya hari ni seperti biasa sahaja. Kali ni masing2 tak dapat berkumpul raya sbb ada kelas yg wajib hadir.

Bangun pagi tel keluarga sambil dgr takbir raya.. sedih jugakan..tapi control le..
Rutin biasa jam 9 gi kuliah. Aktiviti yang sama setiap tahun selagi masih bergelar pelajar.
Tringat tahun pertama masa mula2 beraya kat perantauan, time tu aidilfitri, dr jam 8 pg hingga 4 ptg dok dalam dewan peksa. Punya semangat nk beraya, satu batch pakai bj raya gi amik peksa.
Orang jepun dok tertoleh2 tgk bj kami yg cantik bebenor ni..
Ptg jam 5 dgn muka slamba g rumah peg kedutaan..
Punyalah semangat nak berayakan. x kisah x dpt duit raya yg penting ada mknn ala2 musim raya.


Raya haji pula ada kelas. So beraya dalam kelas ajela.
Yg lucunya, ada jg kawan2 d Msia ingat kami ni dpt cuti special sempena raya.
Alahaiii..tak ada maknanya kerajaan jepun nak bagi cuti ye.. Bertuahnya kalo dapat cuti.
Camtu tiap kali raya akan balik ke Msia..

Beraya di luar neg ni pun dikira seb salah satu pengorbanan juga.
Berjuang dlm menuntut ilmukan..harus sabar dan redha.
Peluang beraya di perantauan adalah pengalaman paling berharga, yg tak di jual di mana2.
Pahitnya sementara, manisnya kemudian.
Memang akan dikenang sepanjang hayat.

Menu istimewa pagi raya~ tak ada. Tak sempat nak sediakan apa2. Nak bergegas ke kelas. 

Lagi pon sorang2 tak de mood nak makan.
Sekadar sarapan pagi~roti telur. Pada tahun ni pihak kedutaan tak dapat buat sambutan raya sbb bangunan masih dalam proses baik pulih.
So masing-masing yang mempunyai masa akan pergi bersolat di Masjid sekitar Tokyo sahaja.

Menjelang petang slps abis kelas gi jemputan raya.
Memandangkan tak buat apa2, bawa kuih raya puasa yang lepas sebagai buah tangan.
Kira oklah tu kan..hehe
Seronok juga dapat berkumpul dan menikmati juadah raya beramai2.
Kedatangan pegawai kedutaan, En Jasri dan En Redha sekeluarga memeriahkan lagi suasana.

Salam Aidiladha & Maaf Zahir Batin buat keluarga dan teman2 yg tersayang.
Terima kasih buat Sazu atas jamuan raya terakhir di bumi sakura.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog`s Annivesary

Daisypath Next Aniversary Ticker